Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku tengok sampai 6 kali, nyengih-nyengih tengok. Suka couple macam ni.. ” – Komen Netizen

Video throwback momen indah Radin melamar isterinya, Nur Amirah buat warganet teruja. Pelik Amirah kenapa Radin bawa beg, rupa-rupanya ada surprise. Sweet juga Radin ni rupa-rupanya.. 

Momen lamaran sememangnya antara detik paling bermakna dalam sesebuah hubungan. Itulah yang dapat dirasai apabila video throwback penyampai Radio Era, Radin melamar isterinya tular di media sosial. Dengan kapsyen ringkas ‘ Throwback to the day when I say I do‘, rakaman tersebut berjaya mencuri perhatian ramai yang tidak jemu menontonnya berulang kali.

Apa yang membuatkan video ini begitu istimewa adalah aura pasangan tersebut yang tampak sederhana namun penuh keikhlasan. Tanpa drama berlebihan atau gaya yang dibuat-buat, Radin dan isterinya, Nur Amirah dilihat selesa menjadi diri sendiri.

Sekadar info, Radin dan Nur Amirah mendirikan rumahtangga pada hari Sabtu lepas dalam satu majlis yang cukup indah. Amirah merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Amirah juga merupakan kakak tiri kepada personaliti media sosial, Dahlia Rizal.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai turut memuji kecantikan isteri Radin yang cukup manis dipandang dan pasangan ini dilihat cukup serasi serta sepadan.

Jom tonton video di bawah :

@mrashams

Throwback to the day when I say I do 💜 @RAA

♬ original sound – mrashams – mrashams

Di ruangan komen, pelbagai reaksi spontan daripada netizen mencuit hati. Ada yang mengakui tersenyum sendiri setiap kali menonton video tersebut, malah ada yang mengulang tontonan sehingga berkali-kali. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

Cantiknya.. adik beradik dahlia rizal mmg cantik2 eh.. Suka couple macam ni. Sebelum kahwin takde update langsung, dah kahwin semua video keluar. Lurve.. “

” Anak 3 macam ank dara…sama mcm bella…cantik. raden pun follow yb jgk… untung saper dpt raden ni,baik jer orgnya , Alhamdulillah.. “

” Cantiknya la. kita yg pompuan pun admire dia cantik giler.. Dia yang kene lamar tp kita yg tersengeh2.. Pehal entah.. “

” Sweetnya tunang akak!! Herlokkk Kirim salam kat dia please kak.. yasss ini yg saya sukaa. dedua tak cringeyyyy tp boleh kiter blushing tgk.. “

” Aku tngok smpai 6x ar.. nyengeh2 tgok.. aku sorg jeke yg gile skrg ni.. masalahnya sekarang ni, kenapa saya yg tersenyum2 tersentil2 ni .. “

” Tahniah raden dlm diam dia dok interview bella dia yg tiber kawen sama level dgn Yb 1 + 3 lebih satu.. mampu lihat je org bahagia, tahniah.. “

” Aku yg dah nak bercucu ni pun tersengeh-sengeh, korang yg single mingle tu apa lah sangat.. Patut la radin kata mira tak fake.. Dia gelak pon buat kita gelak sekali.. “

Video lamaran ini bukan sekadar kenangan manis buat mereka berdua, tetapi turut memberi rasa bahagia kepada yang menonton. Tanpa perlu berlebih-lebihan, keikhlasan dan kesederhanaan mereka sudah cukup membuat ramai ‘tersengih’ sendiri di hadapan skrin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mrasham

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak