Artis / Selebriti
” Sedap suara Azeva ni, suara manja gitu. Manager pun performed habis eh.. ” – Komen Netizen
Video Azeva menyanyi lagu Gadis Dan Bunga di konsert minggu ke 3 Talk To My Manager 2 raih sorakan ramai. Alahai, sedapnya suara Azeva, patut lah Tok Ram pun puji. Dato’ A. Aida pun sporting jadi dancer atas pentas, memang gempak..
Cabaran diteruskan oleh para peserta di pentas Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) untuk minggu ke 3. Semalam menyaksikan persembahan yang mantap dan penuh bersemangat daripada ke semua peserta. Salah seorang yang menjadi tumpuan adalah anak Dato’ A. Aida dan Ameng Spring, Azeva.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Azeva semalam. Azeva mendapat tugasan untuk menyanyikan lagu berjudul Gadis Dan Bunga dendangan asal Rahimah Rahim. Lagu lama ini diberikan nafas baru oleh Azeva dari segi arrangement muziknya.
Persembahan Azeva yang ceria dan diiringi ramai penari bersama di pentas membuatkan persembahan itu kelihatan lebih menarik. Ianya ditambah pula dengan penglibatan Dato’ A. Aida sendiri yang naik ke pentas dan menari bersama para penari yang lain.

Ramai yang menyukai persembahan oleh Azeva dan Dato’ A.Aida ini. Satu persembahan yang menghiburkan dan energetic sesuai dengan karakter Azeva yang ceria. Pemilihan busana Azeva juga dipuji kerana tetap menjaga batas dan tidak seksi. Dato’ Ramli MS juga turut memuji suara Azeva sangat jernih.
Jom tonton video di bawah :
@f8buzz Maknager pun naik pentas support Azeva, Dato’ A. Aida menari bersama 💃🏻❤️ 🎤✨ Talk To My Manager 2, minggu ketiga! Siapa pengurus dan artis yang bakal menyerlah? Gandingan hebat ibu bapa selebriti dan anak mereka: Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley, Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra dan Safura & Kim Khairii. 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro Go • sooka 👑 Hos: Datuk Aznil Hj. Nawawi Juri: Che Puan Sarimah & Dato’ AC Mizal #f8buzzhiburan #TalkToMyManagerMy #azeva #aaidaproduction
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantik dan sedap suara Azeva ni.. terbaik lah Azeva dan Dato’ A.Aida.. rentak music buat dy lagi wow.. hebat lah Azeva.. “
” Nmpk dia mcm Elvina yg pelakon tu.. aku yg ppuan ni pon tgk dia cntik n comel.. bestnya, happy je tengok dia menari.. “
” Comel lah budak Azeva ni.. Suara tak flat bagus performance selalu all out tak kekok all the best azeva.. she can do wat she is asigned to each time.. “
” Cute sgt tp azeva ni dia akan ada satu kali mesti konfuse nk gi mana masa psmbahan lagu yg byk dance . but thts what made her cute. tp aku kagum btul dgn tone suara dia. mmg ada x factor.. “
” Maknya support habis habisan sbb tau dpt manager paling perform.. lirik dia kan ada kata dia berjualan bunga di kedai mama. so…. mamanya kenalah ada situ. sbb kedai bunga mamanya.. “
” Sedap suara Azeva ni, suara manja gitu.. wah manager performed habis eh.. memang sporting lah dato;’ a.aida.. kreatif.. “
” Sedap lah suara Azeva ni, kalau nyanyi lagu tarik memang best.. tuan pun comel, tak gedik, baju tak seksi, sesuai sangat.. “
Satu persembahan yang menarik daripada Azeva dan Dato’ A.Aida untuk tontonan penonton baik di auditorium mahu pun di rumah. Satu kolaborasi yang menarik antara anak dan ibu. Semoga Azeva akan terus konsisten untuk minggu-minggu akan datang dan berjaya ke peringkat akhir.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

