Connect with us

Artis / Selebriti

” Sekejap je anak Ella dah besar. Cantik sangat Ella nampak muda selalu.. ” – Netizen

Gambar Ella Dan Suami Bersama Anak Mereka, Shanome Az Zahra Di Hari Raya Aidilfitri Raih Perhatian Ramai. Dah Besar Anak Perempuan Ella. Cantik Dan Comel Macam Ella Juga !!

Meninjau ke akaun Instagram Ella Aminuddin, perkongsian potret keluarga Ella bersama suami dan anak mereka di hari raya Aidilfitri telah meraih perhatian ramai. Ella sekeluarga menggunakan tema warna hitam dan putih untuk pakaian raya mereka tahun ini.

Ella dan anak perempuannya, Shanome Az Zahra memakai sedondon berwarna hitam ,manakala suaminya, Azhar memakai warna putih. Shanome merupakan anak angkat Ella yang dijaga sejak kecil lagi dan kini sudah semakin besar.

Klik gambar untuk info..

Ramai yang memuji kecantikan Shanome dan Ella juga tidak begitu dimamah usia walaupun usianya hampir 60 tahun. Ella tetap nampak muda daripada usianya dan tidak banyak berubah seperti wajahnya ketika muda dahulu. Malah semakin manis sejak Ella berhijab.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kehadiran Shanome dalam kehidupan Ella dan suami menambahkan lagi rasa bahagia dalam bahtera perkahwinan mereka.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, ramai memberikan ucapan hari raya kepada Ella dan suami. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Kalau dah cantek, pakai anak tudung pun cantek.. kalau makcik pakai taktahulah ghoper apa.. selamat hari raya sis.. “

” Ya Allah..muka anak tu sebijik ayah dia.. Ratu rock msia yg sapa pun tak boleh challenge.. Selamat Hari Raya my dear sister.. “

” MasyaAllah. Semoga kekal bahagia setia didunia hingga ke syurga NYA. Aameen Allahumma Aameen.. Gegurl sama air muka mcm daddy nya.. “

” Happy RayaEid Kak Ella… Taon nie tak dapat beraya umah, singgah tue ari.. tak ader org. Sekejap aje anak Ella dh besar. Cantik sgt Ella nmpk muda slalu.. “

” Ratu rock kuuuu Dari zaman Kechik smpai skrg suka dgr lagu2 Ella rs tenang Dan terkenang Ms kchik2 dulu… Selamat hari raya AIDILFITRI Maaf Zahir Batin.. “

” Manisnya senyuman kak Ella. Selamat hari raya kak Ella.. Β Klau ada balik kampungazahar. singghlh tmpt kami ye… Cantiknya Ella.. “

” Selamat hari raya kepada ratu rock kak Ella sekeluarga. Sweet sangat pic ni. Semoga sentiasa di dalam Lindungan & Rahmat Allah Dan sentiasa Kekal bersama & bahagia hingga ke Jannah…Aamiin.. “

Klik gambar untuk info..

Walaupun Shanome bukanlah anak kandung pasangan ini, namun semakin Shanome membesar semakin iras wajahnya dengan mereka. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga jodoh Ella dan suami berkekalan hingga ke syurga dan berbahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ella

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT