Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedih pulak dengar her advice, deep betul pesanannya. Mulia hati Ziana.. ” – Netizen

Video Podcast Ziana Zain Bersama Amelia Henderson Dalam Rancangan Studio Sembang Buat Ramai Kagum. Bagus Sungguh Didikan Ziana Pada Anak-Anak. Tak Ada Langsung Dendam Di Hati. Wanita Dan Ibu Yang Hebat !!

Rancangan temubual Studio Sembang dihoskan oleh Amelia Henderson antara rancangan yang digemari ramai. Santai dan ruang berbicara yang lebih terbuka, sudah ramai selebriti yang menjadi tetamu jemputan rancangan ini bersama Amelia. Kali ini giliran penyanyi tersohor, Ziana Zain pula diundang ke studio.

Meninjau akaun Tik Tok Studio Sembang, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan suasana ketika podcast itu sedang berlangsung. Ziana bercerita kepada Amelia mengenai kisahnya ketika muda dahulu yang dikawal rapi oleh ayah.

Klik gambar untuk info..

Kata Ziana, jika dahulu dia hendak ke kedai gunting rambut pun ditemani ayahnya. Ayah Ziana pula seorang anggota polis, memang tiada kebebasan diberikan tetapi Ziana faham segala yang dilakukan oleh ayahnya adalah demi untuk kebaikan Ziana juga.

Kini Ziana sudah punya anak sendiri dan caranya mendidik anak pun berbeza. Ziana memberikan kepercayaan kepada anak-anak tetapi ada syaratnya. Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang diberikan. Paling penting yang Ziana tekankan supaya anak-anak menjaga air muka Ziana, family dan bekas suaminya.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@studiosembang

zaman sekarang pulak dah banyak berubah compare dengan dulu, korang jangan lupa always update family mana korang pergi tau! more interesting story dalam episod @zianazainofficial yang akan keluar kejap lagi, 10pm kat @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts ! #jomsembang #studiosembang

♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :

” Jaga nama baik bapak awak, fuhh she is wonderful women. The best personality. Golden advice daripada ZZ.. dari cara dia bercakap kita tahu how strong she is kan.. ”

” The best guest hands down.. Ziana zain ni cakap pun sedapp ja dengar.. tutur kata yang sopan dan berhemah.. next invite erra fazira please.. ”

” Sedapp intonasi kakji everytime cakap pasal anak. sejukk dengar.. Sebab tu mana saya pergi.. saya pegang kata2 parents.. pikir depa dulu sebelum buat apa2.. sebab parents pon percayakan kita.. ”

” I love your every sentence kak ziana, deep betul pesanan-pesanannya.. Ingat la ziana pernh cite masa lahirkn kembar.. nyawa 50-50 time tu.. dia doa mintk Allah pnjg usia dia sbb nk tgk anak2 dia membesar.. ”

” Suka sangat dengar Ziana Zain ni kalau bercakap. Teratur. Sopan je.. “Don’t betray my trust”. Tak ada kali kedua, ayat yang tegas.. ”

” Sedapnya suara ziana.. teringat cerita maria mariana.. Bab gari tu adoi, terbantai ketawa kita haha.. lucu ayat Ziana.. mulia hati ziana, apa-apa selalu ingatkan anak tentang ayah mereka.. ”

” Sedih pulak dengar her advice especially tang part once tarnished, tarnished. I faham.. kelembutan seorang ibu. dlm lembut ada TEGAS… HIKMAHnya seorang seorang ibu.. ”

Klik gambar untuk info..

Kata-kata seorang ibu dan wanita yang kuat untuk anak-anak pegang sampai bila-bila. Ayah tetap ayah walau siapa pun dia, selamanya perlu menjaga air muka seorang ayah dan juga ibu. Semoga Ziana Zain terus dirahmati Allah dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Studio Sembang

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT