Artis / Selebriti
” Tup tup, kamu buat Wawa pula macam ni.. ” – Netizen
Terima Komen Salah Faham Daripada Netizen, Posting Wawa Zainal Buat Ramai Terhibur. Adoi, Tak Pasal Aeril Pula Dipersalahkan. Nasib Yang Memberi Komen Pun Tersedar Tersalah Orang !!
Meninjau ke akaun Instagram Wawa Zainal, posting terbaru Wawa telah meraih perhatian ramai. Wawa telah memuatnaik satu komen yang diberikan oleh netizen terhadap salah satu komen di akaun Instagramnya sebelum ini.
Netizen tersebut mempersalahkan Aeril kerana telah berkahwin dua yang disangkakan merupakan suami kepada anak Abby Abadi iaitu Marissa. Begitu panjang lebar luahan perasaan yang dituliskan kerana kasihankan nasib yang menimpa Wawa.
Di ruangan kapsyen posting ini, Wawa telah menulis ‘ Akak salah faham ni ‘ bagi menerangkan perkara yang sebenar. Sememangnya netizen tersebut tersalah orang kerana yang menjadi suami Marissa adalah Aslam dan bukan Aeril Zafrel.

Perkongsian ini telah menerima lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Netizen tersebut turut memohon maaf atas kesilapannya di ruangan komen posting terbaru Wawa ini. Maklumlah nama sama A, tak pasal-pasal tersilap pula.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen terhadap komen di atas. Antara komen-komen yang diberikan :
” Akak ni mmg jenis tak mengikuti perkembangan semasa ke. Pekat sgt tu.. Nama laki dia tu Aslam kakk bukan Aeril.. “
” Ni bukan salah faham… ni salah orang.. Malu sepuluh tahun macam ni.. Akak ni dah salah chapter.. Kamu ini kenapa kak.. “
” Bila masa pulak aeril kawin ngan anak abby… salah paham teruk akak .. Ni la jadi bila makcik fb tersalah login media social.. “
” Panjang benor dia menaip luah perasaan.. apa pula perasaan dia bila dapat tahu dia salah orang.. akak ni dah sedar ke belum yg dia tersilap org.. “
” Akak tu okay ke tak, adoii kak confidence letak kat mana laa eakkk..Hahahaha ya Allah. Keluar air mata aku ni haa.. “
” Tulaaa tak khatam bab 1 akak da langkau bab 7 ni la jadinya kak .. Sian bini tua yg tak bersalah bini tua tolong maafkan kakak ni.. “
” Perhatian.. Tolong pantau ibu masing2. Skrg ni bukan anak saja kena pantau ya, ibu bapa kita pun kena pantau.. kesian kak wawa.. dimadukan tanpa dimadukan.. “
Ini respon yang diberikan oleh pemilik komen tersebut :

Sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tersilap komen dalam masa yang sama turut membuatkan ramai terhibur. Nasib baik Wawa jenis sempoi sahaja. Diharap Aeril tidak sesekali curang dengan Wawa, nanti ramai peminat marah, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya ibu tunggal yang bekerja, membesarkan anak dengan mental yang baik. Tolong jangan ganggu saya lagi.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik fake account.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi



