Artis / Selebriti
” Mata pun dah menceritakan tentang sebuah hati. Tiber bersemut.. ” – Netizen
Video Pertemuan Antara Zara Zya Dan Hafreez Adam Selepas 5 Tahun Putus Tunang Curi Perhatian Warganet. Alahai Comel Eh Masing-Masing, Muka Malu-Malu Tapi Profesional. Ramai Doakan Moga Berjodohan Semula !!
5 tahun lalu, pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam pernah mengikat tali pertunangan, namun sayangnya jodoh tidak memihak kepada mereka dan pertunangan itu terlerai. Sejak dari itu, baik Zara mahu pun Hafreez membawa haluan masing-masing dan sibuk dengan kerjaya seni mereka.
Pertemuan kembali Zara dan Hafreez dalam sebuah majlis terjadi setelah bertahun lamanya. Meninjau akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan video yang memaparkan kejadian ini. Tidak kekok dan tetap mesra berbual bersama, warganet seronok melihat sikap profesional Zara dan Hafreez.
Kata Hafreez, dia dan Zara memang tidak pernah ada isu dan perbalahan. Malah sebelum mereka berpisah dahulu, mereka telah pun bermaaf-maafan dan mendoakan yang terbaik untuk masing-masing. Zara juga mengatakan perkara yang sama dan tiada masalah untuk kembali bekerjasama bersama Hafreez.

Tegas Zara, bukan mereka cuba mengelak untuk bertemu tetapi keadaan dan masa yang tidak mengizinkan untuk mereka ada bersama dalam majlis yang sama. Kali ini, aturan Allah memang memihak kepada mereka dan mereka dapat bertentang mata dan bertegur sapa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Muka dorang seiras lahh.. Alaa kahwin laa.. kita suka lah dorang berdua ni.. Moga ada jodoh balik untuk kalian berdua.. ”
” Tiba-tiba sedih tengok air muka dan mata zara.. Tengok mata Zara Zya saya faham.. dia profesional tkan dia nk huru hara. tpi mata pon dh mencerita kn tentng sebuah hati.. ”
” Kadang-kadang org nie dia mjelaskan dgn mulut pun, tp mata dia yg menjelaskan semua. sedih plak rsa bla tgk zara. In Shaa Allah ada lbih baik utk dia. Allah Maha Mengetahui.. ”
” Dulu remy ngan bini dia pun pernah putus tunang. bahgia sampai skrg dgn anak sorang. so nothing impossible kalau dorang bersatu balik.. ”
” Rindu zaman-zaman diorang together dulu.. minat dua-dua ni, muka pun nampak seiras. Matang dua-dua, past is past.. ”
” Pasangan yang sama cantik dan sepadan.. mungkin asbab prjumpaan ini akan brjodoh kembali insyaAllah, siapa tahu kan.. ”
” Dorang putus cara baiklah.. semoga berjodoh kembali mana tau tang tu tang you jgk aahh tiberrr bersemut.. ”
Sempat warganet mengusik Zara dan Hafreez supaya kembali bersama semula. Cute tengok dua-dua happy macam ni. Apa-apa pun, semoga Zara Zya dan Hafreez terus maju jaya dalam kerjaya masing-masing dan gembira dengan kehidupan mereka. Harap ada gandingan drama Zara dan Hafreez pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Zara Zya, IG Hafreez Adam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil



