Artis / Selebriti
” Aaa Fasha buat kita nangis sama. Takde sebak lagi dah, terus banjir air mata.. ” – Netizen
Video Fasha Sandha Membawa Pembantu Rumahnya Pulang Ke Indonesia Bertemu Anak Selepas 7 Tahun Terpisah Buat Warganet Tersentuh. Rindunya Anak Pada Mak, Berpeluk Erat Bila Jumpa. Fasha Pun Layan Macam Family Sendiri. Sebak Tengok !!
Perjuangan seorang ibu berjauhan dengan anak dan keluarga demi mencari rezeki, itu adalah realiti yang banyak dilalui oleh ramai wanita. Salah seorangnya adalah pembantu rumah kepada pelakon cantik dan berbakat, Fasha Sandha yang dipanggil Sur.
Meninjau entry terbaru Fasha di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fasha bersama Aidil dan ahli keluarga yang lain membawa Sur pulang ke Indonesia bagi bertemu anak dan ahli keluarganya. Pada awal video, dapat dilihat Sur laju berjalan ke arah keluarga yang sedang menanti.
Jatuh air mata Sur apabila anaknya berada dalam dakapan. Terlerai rindu yang menggunung antara anak dan ibu ini. Fasha sendiri tidak dapat menahan air mata dan turut menangis. Fasha juga kelihatan bersalaman dan berpelukan mesra dengan ahli keluarga Sur.
Untung ada majikan seperti Fasha dan Aidil. Memetik komen warganet, terbukti Fasha seorang majikan yang baik kerana walaupun bertahun-tahun, setia Sur menjadi pembantu rumah Fasha. Sur juga seorang yang rajin dan penyayang kepada anak-anak Fasha. Turut sama dapat dilihat adalah ibu Aidil juga ada dalam perjalanan mereka kali ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Fasha ini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah i nangis yang and so Happy kak sur dapat jumpa anak dia… akhirnya alhamdulillah.. Thank fasha jaga pembantu dengan penuh kasih sayang.. ”
” This is love, mata kita yang masuk habuk. Auto mengalir air mata.. naluri ibu, tengok moment macam ni pun banjir. terima kasih fasha kerana menjadi majikan yang baik.. ”
” Ku tahan airmata, akhirnya gugur juga. belum sampai kita da nangis dulu .. aduhaiii .. 7 tahun lamaa tu.. ”
” Alhamdulillah ya Allah sedihnya nangis tgk kak sur… dah laa rajin baik… semoaga aidil & fasha family dilindungi Allah ok…. touching laaa mujur i x dpt join p kalau x gugur airmata pm kental.. ”
” Aaa fasha u buat kita nangis samaa.. terima kasih fasha yg baik hat. semoga anak kakak ini menjadi ank yg solehah dan menjadi kesayangan org² sekeliling sepanjang ketiadaan ibunya. Aminn yarabbal alamin.. ”
” Bagusnyaaa fashasandha sekeluarga layan pembantu dan keluarganya baik sgt2. Saya pulak sebak tgok. 7 tahun tu tak jumpa anak, bukan 7 bulan.. bukti fasha majikan yang baik.. ”
” Aku xde sebak2 lg dh, terus banjir air mata . Sedih tengok, lamanya tak jumpa anak. Pelukan seorg ibu.. blm peluk kami dah melalak dlu . ish merambu air mta rindu sorg ibu dan anak.. ”
Tiada kata yang dapat diluahkan, hanya air mata yang menjadi saksi gembiranya Sur apabila dapat memeluk anaknya. 7 tahun bukan waktu yang sekejap tetapi tetap jua Sur tabah kerana adanya majikan seperti Fasha yang menyayangi dan melayani seperti keluarga sendiri.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tak payah la korang suruh dia cakap bahasa Melayu. Lain bunyinya nanti.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mula-mula dengar happy berbunga-bunga hati. Hujung-hujung pasal Fatima sedih terus. Kesian Fattah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia punya spontan kalah singer song writer yang tersohor.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Part tak payah hantar anak pergi sekolah tu memang berdekah aku gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anak mana yang nak bapaknya sentiasa dikecam, dibuli dan diherdik.. ” – Ahmad Firdaos Raissuddin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mahal video ni, memori yang tak akan berulang lagi. Shuib rindu kan, sengaja buat kami nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Cakap dengan dia, Dekta minat dengan dia tau, okey.. ” – Thalita