Artis / Selebriti
” Wow, last minute deco sendiri, tapi awesome macam tu. Hebat lah Fasha.. ” – Komen Netizen
Video Fasha Sandha membuat dekorasi sendiri untuk sambutan hari lahir anaknya, Putri Raysha Jemyma raih perhatian ramai. Wah hebat lah Fasha, last minute punya deko pun cantik macam ni..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Fasha Sandha, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Fasha sedang membeli barangan di IKEA. Menerusi video tersebut, Fasha memaklumkan yang barangan itu dibeli untuk dekorasi majlis sambutan hari lahir anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma.
Selain itu, menerusi kapsyen yang ditulis, Fasha berkongsi bahawa Jemyma telah membuat permintaan untuk tema “pyjamas party in room” dalam malam sebelum majlis berlangsung. Menurut Fasha, memandangkan agak sukar untuk mencari perancang majlis (party planner) pada saat akhir, Fasha mengambil keputusan untuk menghias sendiri.
Fasha turut berkongsi video suasana ketika dirinya membuat dekorasi di sebuah bilik hotel dengan bantuan seorang wanita. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum melihat hasil tangan Fasha membuat dekorasi untuk majlis hari lahir Jemyma.

Selain itu, menerusi satu lagi perkongsian, Fasha turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan suasana sekitar majlis sambutan hari lahir Jemyma. Turut kelihatan hadir ialah bekas suami Fasha, Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai, adik-beradik Fasha serta rakan-rakan Jemyma yang turut memeriahkan majlis tersebut.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN – > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Fasha ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Wow, last minute deco sendiri, tapi osem macam tu. Hebat lah Fasha.. Awwww the sweetest ibu.. Dari pagi beli barang and setup decor for princess jemyma.. “
” Itu la dia kederat seorang ibu yg Allah anugerahkan tiada tolok ganti nya kasih seorang ibu buat anak yg tersyg ..Proud mOm n kudos to u Fasha.. Indeed it turns out very well n beautiful setup.. “
” Love the creativity it’s so lovely padahal barang dari Ikea.. Happy birthday Jemyma, semoga jadi anak yang solehah buat ibu, dada n ayah.. “
” Untung anak dapat ibu yg kreatif.. Zass .. Siapp.. Klu aunty ha.. Mau termenung last2 makan celeb mamak jela.. Tema mamak.. “
” Lovely mommy, one thing i love about fasha is dia selalu fikirkan family dan sahabat² dia.. Truely amazing mom and friend.. untung circle dia.. “
” Mummy dia buat pun cantik sangat dah.. Hebatnya ibu. Boleh jadi birthday planner ni.. Itu la ibu kan… Ape je untuk anak2 mesti boleh.. “
” Happy birthday, Jemyma sayang.. Kak Fasha ni hebat.. Super mommy.. MashaAllah.. Kagum kita tengok kesungguhan Kak Fasha.. “
Majlis yang diadakan secara sederhana itu kelihatan sangat meriah dengan dekorasi yang indah hasil sentuhan Fasha sendiri. Ramai warganet memuji usaha dan kreativiti Fasha yang sanggup meluangkan masa untuk memastikan majlis anaknya berjalan lancar. Sememangnya terserlah kasih sayang seorang ibu yang ingin memberikan kenangan terindah buat anak tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fashasanda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

