Artis / Selebriti
” Sedapnya suara, macam ni baru menyanyi. Meremang dengar.. ” – Komen Netizen
Video Maryam You Narae menyanyi lagu Dayang Nur Faizah, Lelaki Teragung ketika Ryzal Ibraham memasak di dapur raih pujian warganet. Wah serius lah suara Maryam ni, sedap betul. Ada vibe-vibe suara Dayang lah..
Maryam You Narae antara pempengaruh media sosial popular yang juga bergelar pelakon sekarang. Kehidupan Maryam bersama Ryzal Ibrahim dan anak mereka, Nik You Rina selalu menjadi perhatian warganet. Selain berkebolehan dalam lakonan, Maryam juga mempunyai bakat dalam nyanyian.
Sebelum ini ada dikongsikan video nyanyian Maryam ketika berada di studio. Suara Maryam sememangnya sedap dan lunak merdu. Sekali pun sebutan bahasa Melayu Maryam belum fasih sepenuhnya dan masih ada kedengaran pelat, namun Maryam mampu menyanyi dengan baik.
Meninjau entry terbaru Maryam di akaun Tiktok Duriankimchi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Maryam mendendangkan sebuah lagu khas untuk Ryzal. Ryzal ketika itu sedang sibuk memasak di dapur dan lagu ini untuk menghiburkan hati Ryzal.

Lagu nyanyian asal Dayang Nur Faizah berjudul Lelaki Teragung dinyanyikan dengan bagus sekali. Lontaran suara Maryam padu dan sebutannya semakin bagus. Ramai yang memuji kemerduan suara Maryam itu. Tidak puas mendengar suara Maryam, boleh terbuai-buai mendengarnya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@uyounik Belanja lagu untuk suami yang tengah masak😁
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedapnya suara Maryam.. dia nyanyi gini saja-saja untuk suami pun sedapp dengar.. kalau fluent sebutan in malay tu confirm dah boleh jadi penyanyi.. “
” Maryam ni kalau ambik SPM lulus BM rasanya.. sedapnya maryam nyanyi.. Maryam full cover please.. “
” Terbaik sedapnye suara Maryam… jauh beza dengan sorg tu… semangat suami dia kemas dapur dengar lagu yang dituju kan pada nya.. “
” Sedapnya suara, macam ni baru menyanyi.. Boleh ke nak request kat husband nk mini concert mcm ni time kita masak haha.. “
” Sedapnya suara Maryam, macam suara Dayang.. bhasa Malaysia Mariam kimchi dh fasih dh, siap bleh mnyanyi dh dgn baik Mantap.. “
” Merdu suara Maryam, harmoni dan buat kita meremang dengar.. Boleh fit dengan kak Dayang Nur Faizah ni.. Semangat Ryzal buat kerja rumah bila Maryam nyanyi lagu ni.. “
” 10 kali ulang dengar, sedap suara Maryam ni… aku tunggu je dayang keluar kat tepi tu. eh suara maryam rupanya.. “
Seronok juga ada penghibur di rumah seperti ini. Tentu lagi bersemangat Ryzal memasak mendengar suara isteri tersayang menyanyi. Lagu pun memuji-muji si suami, pandai betul Maryam memilih lagu. Apa-apa pun, semoga Maryam gembira dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Duriankimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

