Artis / Selebriti
” 1st time dengar Fattah gelak sakan. Malu terus Fattah, merah muka. Kaw-kaw kena, haha.. ” – Komen Netizen

Video Bell Ngasri menyakat Fattah Amin selepas memanjat belakang badannya buat ramai terhibur. Aduh kaw-kaw Fattah kena bahan dengan Bell. Sampai merah padam muka Fattah dibuatnya. Nasib lah Fattah, jemput lagi Bell buat live sekali, haha..
Fattah Amin kembali lagi membuat sesi live semalam dan kali ini Fattah mempromosikan produk minuman kesihatan pula. Tidak berseorangan, Fattah ditemani oleh pelawak terkenal, Bell Ngasri sepanjang sesi live ini berlangsung. Dari awal sehingga ke akhir live, Fattah dan krew-krew bertugas tak kering gusi dengan jenaka Bell.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ulfah Naqiyyah, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Bell menyakat Fattah. Bell dan Fattah sangat sporting melayani sahaja komen-komen viewers. Sambil Bell berjenaka, banyak kali Bell membahan Fattah dan ianya menggeletek hati semua.
Pada paparan video pertama, Bell menyakat Fattah mengatakan Fattah cuma ada rumah sahaja sekarang ini. Mungkin maksud Bell, Fattah kini sudah keseorangan disebabkan sudah bercerai. Fattah akhirnya memahami jenaka Bell dan turut ketawa bersama.
Video seterusnya pula, Fattah bergurau dengan Bell dengan memanjat belakang Bell. Riuh dengan gelak ketawa kerana kali ini lagi teruk Fattah diusik oleh Bell. Siapa sahaja yang tidak terbahak ketawa dengan ayat spontan Bell. Seronok warganet meilhat Fattah yang begitu ceria dan happy sepanjang live bersama Bell.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ulfahnaqiyyah @Fattah Amin @bellngasri 🤣🤣🤣 #fattah #fattahamin #bellngasri #fattzura #fyp #rissaskin
@ulfahnaqiyyah Adoiii sakit perut tgk @bellngasri asyik usik @Fattah Amin jee 🤣🤣 #fattah #fattahamin #bellngasri #fattzura #rissaskin #fyp
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Lebih 6000 tanda suka daripada warganet telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Elok sangat la gabungkan Fattah Amin dengan Bell, lawak gilaaa hahaha.. Siapa yang tengok berulang ulang kali sila ngaku.. “
” Fattah punya gelak tu yang rasa nak tengok ulang-ulang.. tgk malam tadi sakit perut gelak haha.. Tu lah fattah.. ko jemput lagi si Bell, kan kaw-kaw kena.. “
” Aku ulang 10 kali aku ketawa 10 kali Juga, aduhai.. seronok tengok part Fattah gelak.. sekali sekala takpe, tahu masalah kau tu.. “
” Kan dah kena dengan Bell, haha. Fattah tak tahu nak jawab apa dah dengan bell.. jem teruih nk membalas. bell bg macam peluru.. “
” 1st time dengar Fattah gelak sakan haha.. Kelakar sangat Bell.. duk ngn bell ni buat gelak x ingt tau. byk punchline dia mlm td. mmg kne la ngn fattah, haha.. “
” Malu terus Fattah, merah muka hahha.. cute je Fattah gelak macam ni. Susah nak tengok Fattah gelak besar.. “
” Tersembur gelak haha.. Masalah apa tu Bell, adoi haha.. Hilang terus introvert Fattah bila Bell menyakat dia.. sakit perut aku, bukan-bukan Bell ni haha.. “
Adui Bell, ayat Bell beri kepada Fattah tu macam kena betul dengan situasi Fattah sekarang. Tertunduk-tunduk Fattah ketawa apabila dikenakan si Bell. Live yang menghiburkan semua dan yang penting, warganet happy melihat Fattah boleh segembira itu semalam. Terima kasih Bell kerana menceriakan Fattah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ulfah28
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak