Artis / Selebriti
” Nyanyi live tak pakai mic, nyanyi tak sedap orang tak marah.. ” – Bell Ngasri
Video Bell Ngasri menyuruh Fattah Amin menyanyi secara live buat ramai terhibur. Adui Bell, makan dalam betul ayat tu yer, halus je dia perli. Fattah pulak blur, lambat faham kata-kata Bell. Mengekek gelak part ni, lawak lah Bell, haha..
Sesi live yang menggandingkan Fattah Amin dan Bell Ngasri malam tadi menghiburkan semua. Live Fattah untuk produk minuman kopi itu mendapat lebih 13 juta tanda suka daripada viewers. Jualan sepanjang Fattah live itu juga mencapai jumlah 120 ribu.
Banyak yang adegan mencuit hati sepanjang sesi live semalam dan antaranya ketika Bell menyuruh Fattah untuk merakamkan lagu baru. Meninjau entry di akaun Tiktok Anistaqwa dan Ulfahnaqiyyah, telah dimuatnaik beberapa buah video yang memaparkan suasana di set ketika live berlangsung.
Bell berseloroh mengatakan pusing-pusing asyik lagu yang sama sahaja Fattah nyanyikan. Fattah yang geli hati dengan kerenah Bell itu turut membalas gurauan Bell dengan mengatakan dia ingin merakamkan lagu duet bersama Bell. Pandai Fattah berjenaka apabila berada bersama pelawak.
Bell juga membuatkan semua tergelak apabila memberitahu jika Fattah menyanyi secara live tanpa memakai microphone, kalau suara Fattah tidak sedap pun tidak mengapa kerana orang tidak akan marah dan akan menerima seadanya. Lawak ayat Bell dengan ekspresi mukanya itu. Bell pun ikut tergelak sama dengan kata-katanya itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@anistaqwa meriah betol live malam ni ada 2 ketul niπππ #fattahamin #bellngasri
@ulfahnaqiyyah Hahahhaha halusss je eyh Bell perliπ€£π€£ #fattah #fattahamin #fattzura #fyp #bellngasri #rissaskin
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha adehhh part ni lwak ye..ytjt komen faham.. bell pulak kata,haha “haa korang xyah nak faham sngt”.. “
” Bell cakap ade makna.. .tapi fattah macam tak paham paham haha.. adui Bell, tergelak la Bell ni.. menganjing je haha.. Fattah blur.. “
” Nyanyi teruk., pusing2 lagu sama jer.. terbayang lak aku haha.. Bell buat hal. Fattah tak terkata dh.. mampu senyum jelah.. “
” Fattah blur tu, lambat betul dia nk faham.. fattah gelak je. tak boleh nk balas apa. bertubi tubi Bell bg punchline.. aku pun gelak tak henti part ni.. “
” Fattah loading, lepas tu baru dia gelak.. Bagus Fattah, buat tak faham je.. Bell ni betul tau, halusss je caranya tu hehe.. kelakar.. “
” Haha gelak Fattah yang part nyanyi live tu.. Mengekek Fattah dengan perangai Bell ni. Tak abis-abis buat lawak.. betul Fattah kata, Bell menceriakan suasana yang muram.. “
” Fattah muke blur.. dia tgk ke da blm video nyanyi tu haha.. Pandai Bell ye selit.. Bell jugak lag bagi pecah lawak dengan Fattah.. “
Adui Bell, memang berdekah semua menonton sesi live Fattah dan Bell ini. Bell pandai menceriakan dan menghidupkan suasana, Fattah pun tak kering gusi asyik ketawa sahaja. Apa-apa pun, itu hanya lah gurauan daripada Bell sahaja dan semoga semua juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Anistaqwa, Tiktik Ulfahnaqiyyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen