Artis / Selebriti
” Sedap sangat suara ni, santai-santai pun boleh buat kita jatuh cinta.. ” – Komen Netizen
Video throwback Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyi lagu rock untuk rehearsal konsertnya raih perhatian ramai . Wah Tokti menyanyi lagu Dato’ Awie, padu teruk..
Meninjau ke akaun Tiktok Cteafairuz, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Seri Siti Nurhaliza sedang menyanyi lagu berjudul Ratuku yang dipopularkan oleh Dato’ Awie telah meraih perhatian ramai orang. Ia merupakan video throwback ketika Dato’ Seri Siti membuat sesi latihan.
Latihan tersebut adalah untuk konsertnya, Music Of The Soul yang terdahulu. Walaupun Dato’ Seri Siti menyanyikan secara santai dan sambil duduk sahaja, suara Dato’ Seri Siti tetap memukau warganet yang mendengar. Lagu tersebut dinyanyikan seperti lagunya sendiri.
Dato’ Seri Siti membuktikan apa sahaja genre lagu yang dinyanyikan olehnya boleh disampaikan dengan begitu baik sekali. Sememangnya gelaran Biduanita Negara sangat tepat buat Dato’ Seri Siti. Nyanyian Dato’ Seri Siti tidak meniru seperti penyanyi asal.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk rekod, Dato’ Seri Siti akan menjayakan konsertnya dalam masa terdekat ini iaitu pada 14 Disember 2024 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cteafairuz Throwback time rehearsal #musicofthesoul lagu favvvvv arwah ayah #ratuku nyanyian @Siti Nurhaliza ❤️ 💕 Counting days #thejourneyofsound #sitinurhaliza #concert #malaysia #fyp #fypシ゚ #throwback
Suara Dato’ Seri Siti sememangnya tiada tandingannya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di ruangan komen ialah :
” Sedap sangat suara ni santai2 pun boleh buat kita jatuh cinta.. Tokti ni bwk lagu pe pun bg dia semua bole masuk,tp dgn tersendiri..sedap sgt.. “
” Harap sangat tokti nyanyi lagu sulam sembilan , kapariyo , masri manis , syair kamelia , joget menanti kasih dekat konsert 14/12 nanti.. “
” Tokti share besday sama ngn sy..11/1 ..tp sy nyanyi level karoke masuk token jela.. nk req tokti nyanyi happy birthday pls utk december baby nnti journey of sound.. “
” Cf sapa MD tuk coming konsert ni nt? Bestnyaaa.. sedap betul.. love toktiii… semoga ad rzekii untk ke konsert toktii ..insyaAllah.. “
” Argggggghhhh tandaaaaaaa tu… sedap gilerrrr.. hint segmen rock utk tjos ke.. ha siapp!! jem aku dlm ni.. sound check dia.. “
” CF, boleh ke nak minta tokti belanja full version tak mungkin berpaling. Rasa tak puas la, masa kat Genting pun tak cukup.. “
” CF, blh xcadangkan tokti try dptkan lagu2 dr composer BBNU. Peminat2 remaja baru2 mesti love teruks.. sedap tokti nyanyi.. “
Adakah Dato’ Seri Siti akan membawakan lagu ini dalam konsertnya yang akan datang. Semoga segala urusan Dato’ Seri Siti Nurhaliza dipermudahkan untuk konsertnya yang bakal berlangsung tidak lama lagi. All the best dan selamat berjaya buat Dato’ Seri Siti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok cteafairuz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

