Artis / Selebriti
” Sorry sorry tadi tersasul. Hampa ni pun saya tersalah cakap tadi. Hampa pandai duk cey cey.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin tersasul menyebut nak hantar Una balik rumah jika cepat habis jualan mereka. buat warganet terhibur. Alahai Bamtah, sampai merah muka tu. Blushing teruk ni, pandai lepas tu cover balik, hehe..
Fattah Amin kembali semalam bersiaran langsung di platform Tiktok bersama team Pak Mat Western, Una dan Icha. Sesi live kali ini lebih santai, sambil menjual sambil makan daging bakar dan ayam bakar. Seperti sebelum ini, ramai yang mengusik Fattah dan Una.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Adzraamirrr, telah dikongsikan satu sedutan yang memaparkan live Fattah semalam. Fattah kelihatan lebih selesa live kali ini dan seronok bercakap dalam loghat utara. Kedengaran Fattah memberitahu selepas habis jualan ini, dia akan menghantar Una pulang.
Ayat Fattah itu mengundang perhatian viewers dan ramai yang menyakat Fattah. Menyedari dirinya sudah tersasul, Fattah memohon maaf kerana ketelanjuran katanya itu. Berubah air muka Fattah dan terus merah mukanya kerana viewers tidak berhenti menyakatnya.

Kelakar melihat reaksi Fattah yang cuak dan malu-malu seperti ini. Hendak membaca komen daripada viewers pun tersekat-sekat kerana menahan malu. Kata Fattah, dia tersasul dan viewers sudah memikirkan yang bukan-bukan. Memetik komen warganet, jika betul pun apa salahnya kerana dua-dua masih single.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@adzraamirrr
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Fattah anggap dorang ni macam adik-adik sebab tu dia selamba bergurau.. bia lah dia happy happy.. “
” Saya suka tengok Fattah dengan Una.. muka dorang ada iras-iras. orang kata muka iras ni ada jodoh.. “
” Adui tersasul lah pulak bamtah, kan dah kantoi haha.. tengok Fattah gelak gembira kami semua.. kami onz terus kalau fattah dengan Una.. “
” Lain macam punya tersalah cakap tu Fattah. good try.. tapi apasai abang Fattah malu-malu haha.. “
” Merah terus telinga Fattah bila malu kena sakat dengan viewers.. blushing dia tu, sampai nak bercakap pun susah haha.. “
” Fattah ni aku laa..tersasul yang comel.. haa tau merah muka bila dah kantoi.. kan kaw-kaw kena sakat dengan peminat.. “
” Opss tersasul haha.. alah nak hantar balik umh pun apa salahnya.. Aku senyum senyum siot tengok Fattah blushing macam ni.. “
Blushing sungguh muka Fattah apabila diusik oleh viewers. Muka malu-malu tidak boleh disorok kali ini. Ramai yang suka melihat Fattah dan Una kerana keserasian antara mereka. Apa-apa pun, Fattah dan Una hanya menjalankan tugasan mereka dan semoga semua terhibur dengan telatah mereka itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok A M I R, Tiktor Pakmatwestern
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden

