Artis / Selebriti
” Sebelum terbalik Usop Santorian. Lepas terbalik, nampak segak Bamtah.. ” – Komen Netizen
Video seorang penjual pancake melukis wajah Fattah Amin raih pujian ramai. Mula-mula lukis tu nampak lain macam. Bila dah terbalik pancake tu terkejut semua, sebijik sama macam Fattah. Alahai sayang nak makan kalau macam ni, hehe..
Fattah Amin menjadi rebutan ramai baik producer drama mahu pun founder produk. Satu demi satu melamar Fattah sebagai duta mereka dan ini membuatkan populariti Fattah semakin mencanak naik. Saban hari ada sahaja berita mengenai Fattah yang menjadi tumpuan ramai.
Meninjau entry di akaun Tiktok Abangpancakekartun, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang penjual pancake memenuhi permintaan pengikutnya untuk melukis wajah Fattah. Untuk makluman, Abang Pancake Kartun ini beroperasi di Pantai Eye On, Melaka dan sering membuat live di platform Tiktok.
Penjual ini menunjukkan langkah demi langkah yang dilakukan untuk menghasilkan pancake berbentuk wajah Fattah. Asyik warganet melihat jari jemari penjual ini melakar wajah Fattah. Cekap dan kemas sahaja lukisan yang dihasilkan oleh penjual ini.

Ramai yang menonton live penjual ini untuk melihat wajah Fattah. Sebelum penjual ini terbalikkan pancake tersebut, ramai yang menyangka hasilnya tidak akan menjadi seperti yang diharapkan oleh ramai. Apabila diterbalikkan, mereka kagum melihat hasilnya.
Jom tonton video di bawah :
@abangpancakekartun MAAF TAK PERFECT. Sebab lukisan atas kuali tak sama macam atas kertas Disebabkan permintaan paling tinggi dalam live Abang Pancake Kartun minta lukiskan @Fattah Amin abang tunaikan Terima kasih yang join live. Jangan lupa selalu join live kami okay. Jom datang support Abang Pancake Kartun di 📍PANTAI EYE ON, MELAKA abangpancakekartun pancakekartun pancake pancakekartunmalaysia pancakekartunmelaka pancakecartoon pancakecartoonmelaka pancakecartoonmalaysia cartoonpancake cartoonpancakemalaysia cartoonpancakemelaka melaka pantaieyeon pantaieyeonmelaka kelaspjj pjjpancakekartun pjjpancake fattahamin
Sehingga kini, lebih 19 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ni kalau dah makan, tak sampai hati nak berak. Sebab sayang.. nak biar je fattah dalam perut.. “
” Seram dah tengok muka masa yang tengah lukis. Sekali awak terbalikkan.. Perghhh kagum saya. Hebat betul.. “
” Kalau aku lukis jadi patah balik ni.. ni kalau beli , confirm simpan dalam frame sebab sayang nak makan.. “
” Sebelum terbalik Usop Santorian… lepas terbaik.. nampak segak Bamtah… terbaik bang.. tak semua orang ada seni tangan macam ni.. “
” Nasib baik tgk vedio sampai habis… Bru nk gelak sakan… Simpan balik.. Sekali dia pusing baru nmpk muka fatah… Terbaik.. seni tangan tu yang mahal.. “
” Baru nak kecewa. suspend oo sebelum siap.. bila dia terbalik kan wowwwww… sama sikit.. memang berbakat la abang ni.. “
” Maaf.. Saya terkejut bila tgk gambar tu sblm awak terbalik kan. Tapi lepas dah terbalikkan hasil nya wow.. “
Ada juga yang meminta untuk dilukiskan wajah Dato’ Seri Vida dan ini lah hasilnya :
@abangpancakekartun Replying to @BunGa TanPa DauN Ni awak DSV kita. Yang dekat jangan lupa support kita di Pantai Eye On ye. Yang jauh boleh tolong support dari Live. 🥰 Hope DSV jumpa la video ni. Dibuat khas untuk @QU PUTEH BARULAH PUTEH 📍PANTAI EYE ON , MELAKA #abangpancakekartun #pancakekartun #pancake #pancakekartunmalaysia #pancakekartunmelaka #pancakecartoon #pancakecartoonmelaka #pancakecartoonmalaysia #cartoonpancake #cartoonpancakemalaysia #cartoonpancakemelaka #melaka #pantaieyeon #pantaieyeonmelaka #kelaspjj #pjjpancakekartun #pjjpancake #datoserivida #dsv #cikbhavoc @cikb_havoc66
Hasil tangan yang sangat mengagumkan. Bukan mudah untuk melukis wajah di atas pancake seperti ini. Jika Fattah tengok pun tentu kagum wajahnya dilukis dengan cukup baik. Apa-apa pun, semoga abang pancake ini terus maju jaya dan jika ada rezeki, Fattah tentu akan alert dengan posting ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Abangpancakekartun, IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae

