Artis / Selebriti
” Kali ni hero hindustan lah, muka mummy betul ni.. ” – Komen Netizen
Raja Ilya kongsi video wajah penuh anak keduanya, Royal Abraham pada hari kelima kelahirannya buat ramai geram. Alahai, comelnya baby Royal dengan matanya yang bulat tu. Muka copy paste mummy sangat ni..
Meninjau ke akaun Instagram Royal Abraham, posting terbaru video baby Royal telah meraih perhatian ramai. Baby Royal merupakan cahaya mata kedua Raja Ilya bersama suaminya yang berbangsa Inggeris iaitu Trent Garrett. Lahirnya baby Royal, pasangan ini terus mewujudkan akaun Instagram buat baby Royal.
Video yang dikongsikan memaparkan baby Royal yang baru lima hari dilahirkan. Baby Royal dilahirkan dengan berat 4.7 kilogram di Australia. Apabila melihat video ini seolah-olah baby Royal sudah berusia lebih 2 bulan kerana tubuh badannya yang bambam.
Ramai menyatakan wajah anak Raja Ilya kali ini banyak mewarisi wajahnya. Tidak seperti anak sulung Raja Ilya yang banyak mewarisi wajah mat salleh daripada bapanya. Baby Royal lebih ke arah wajah Melayu dan India. Comel sangat baby Royal.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dengan kelahiran baby Royal ini, maka lengkaplah sepasang cahaya mata Raja Ilya dan suami menjadi penyeri rumahtangga mereka.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat wajah comel baby Royal. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sorang anak mat saleh, sorang anak melayu.ok fair & square.. Ank lelaki ikut ibu.. perempuan ikut bapa .. beruntung .. “
” Woww yang nii copy paste mami laa muka org malaysia nii.. Dh mcm 2bln dik. Anak aunty hari ni dh 23hari. Lahir berat 3.6kg. Itu pun dh rs besar.. “
” MasyaAllah semoga jadi anak yg soleh dn sentiasa dibawah lindongan Allah SWT Aamiin3 YRA . Mummy’s junior.. so cute laa.. “
” Comel nya..ni muka Mamie..lebih kepada india. kali ni hero hindustan laaa.. MasyaAllah Tabarakallah Muka.Mom 100 persem.. “
” Matanya bulat…mcm baby dah 3 bulan.semoga membesar dgn sihat ya baby.. Mummy face betul lah this one.. encem boy.. “
” So cute dan tembamnya..mcm dah umur 1 bln.. His eyessss..mcm ilya. dapat sorang da btul2 muka mumy … alhamdulilah gram tgk nyaaa.. “
” Muka mummy betul ni. Handsome boleh jadi hero filem .. Comel nya Abraham! Geramm.. welcome Libra boy Diff of 4 days.. “
Alahai, geram betul melihat mata bulat baby Royal. Baru berusia lima hari sudah pandai memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Semoga baby Royal Abraham membesar dengan sihat, menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya di dunia serta akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Royal Abraham
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen

