Artis / Selebriti
” Sebaknya part ibu Adira peluk menantu.. ” – Netizen
Video Ibu Adira Menangis Ketika Bersalaman Dengan Dato’ Red Buat Ramai Tersentuh. Dua-Dua Sebak Dan Saling Berpelukan, Alahai Sedihnya !!
Tahun ini Dato’ Red menyambut hari raya Aidilfitri bersama isteri kedunya, Adira Suhaimi di Sarawak. Rasanya ini kali pertama Adira berkongsi sambutan hari rayanya bersama Dato’ Red. Adira juga ada berkongsi foto mereka sekeluarga pada hari raya pertama.
Menerusi satu akaun TikTok, perkongsian video live sambutan hari raya pasangan ini di Sarawak telah meraih perhatian ramai. Sambutan dilihat begitu meriah dengan sanak saudara di sebelah keluarga Adira. Adira sekeluarga berpakaian sedondon berwarna kuning.
Seperti kebiasaan di pagi hari raya pastinya ada sesi bermaaf-maafan. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah sesi Dato’ Red bersalaman dengan ibu mertuanya itu. Ibu mertua Dato’ Red dilihat begitu menyayangi menantunya. Kedua-duanya sebak dan saling berpelukan.
Perkongsian ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang mendoakan agar Adira dan juga Dato’ Red tidak berpisah selepas melihat video ini. Semoga yang baik-baik sahaja buat mereka.
Jom tonton video di bawah :
@aisohalde Orang Bangsa Dusun memang begini gais.. baik2 orangnya. Siapa2 lelaki nak lepaskan memang RUGI 😍. Kau tak akan jumpa sebaik orang Dusun (🤣 claim jap jgn marah) #abgred #adira #KongsiBersama #adirasuhaimi #datored #fyp #hariraya2024
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton live ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sabahan mmg bgni kalau masuk dalam keluarga mmg auto jadi anak n darah daging sdri lebih istimewa dr anak.. ishh aku termenangis .. “
” Sabahan terutama nya ibu² ni mmg penyayang mami² dusun ,biar kau kawan dtg pigi rumah dia akan layan kau mcm anak dia.. “
” Sebak nya part ibu adira peluk menantu . Semoga Allah jentik hati Adira utk tarik balik tuntutan cerai . semoga berbahagia adira dan family.. “
” Kesian mak dia asyik nangis aja. lupa abang adira fisioterapi Team Kuching City Fc x silap.. “
” Sedih weh . sory saya ikut sedih.. sebaknya ya Allah. smga hbngn mrka trs kekal.sedih.. “
” Tahun ni tahun ke 11 jd menantu org Sabah. MasyaAllah ibu Dan bapa mertua baik sgt. Salam Raya mak mertua yg mintak maaf dulu.sedih kdg2 sb anak dia ikut hijrah ke negeri kita. Syg FIL sy.. “
” Rsenya mak mertua dia pun bru tahu dato red ni muflis.. tu yg dia ngis kot live smlm.. selama ni dato dgn adira simpn la tu rahsia sush tu dr pengethuan family.. “
Pastinya lebaran tahun 2024 ini sangat bermakna buat Dato’ Red dan juga Adira. Apa yang berlaku selama ini mempunyai hikmah dalam kehidupan mereka. Sebagai seorang ibu pastinya ingin melihat rumahtangga Adira dan suami kekal bahagia sehingga akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Freedom
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Una, kalau Una tengok video ni cuba Una angkat telefon, reply whatsapp saya.. ” – Fattah Amin