Connect with us

Viral

” Sebak tengok, penghuni rahim pertama dia pergi dulu sebelum dia.. ” – Komen Netizen

Video ibu arwah Fatin Nasrien (UPSI) menangis ketika menerima sijil kemat1an anaknya undang sebak ramai. Hati ibu mana yang tak sedih, lebih-lebih lagi anak pergi secara tiba-tiba..

Bukan mudah untuk menerima kehilangan anak, apatah lagi jika anak itu adalah anak yang diharapkan untuk mengubah nasib keluarga. Namun itu lah yang terpaksa ditelan oleh kedua ibu bapa kepada mangsa nahas bas terbalik Gerik, arwah Fatin Nasrien.

Bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang, Fatin anak sulung yang memikul tanggungjawab dan harapan besar ibu dan ayahnya. Perginya Fatin ketika ingin menuntut ilmu menjadi satu tamparan yang hebat untuk ibu dan ayahnya. Namun mereka redha kerana memahami anak hanyalah pinjaman daripada Yang Esa.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok JPN Negeri Terengganu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi ibu Fatin ketika wakil JPN berkunjung ke rumah mereka untuk menyerahkan sendiri sijil kematian Fatin. Air mata ibu Fatin tidak dapat dibendung ketika membaca nama yang tertulis di atas sijil tersebut.

Reaksi ibu Fatin ini mengundang sayu warganet yang menonton video perkongsian ini. Hancur dan luluh hati seorang ibu, anak sulung yang selalu berada di sisi melalui setiap suka dan duka perjalanan hidup kini sudah tiada. Tiada lagi senyuman manis dan hilai tawa Fatin yang menceriakan mereka sekeluarga.

Jom tonton video di bawah :

@jpnnegeriterengganu

Terpisah di dunia, bertemu di syurga 🥹 Marilah sama-sama kite mendoakan agar ahli keluarga allahyarhamah adik fatin nasrien dan rakan-rakannya diberi kekuatan dan ketabahan untuk ujian ini. #pelajarupsi #tragedibasupsi

♬ Raffar_Damailah Cinta – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Lebih 96 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Fatin nie ank hrpn fmly org ssh.. ade tbaca jiran dia cita.. mlm kejadian.. mak dia g rumah org tu.. nak pnjm keta nak g hosp tgok arwah.. jiran tu sllu tlg bantu bgi duit spnjng arwah sek.. arwah bdk pandai.. “

” Fatin ni paling sy sedih sngt.. dia ank sulong adik2 pom ramai lagi bawah dia , keluarga dia mmg org susah. harap dibantu secukupnya sbb sy pom pernah rasa mcm mana xde kenderaan tumpang jiran.. “

” Sebak tgk. Penghuni rahim pertama dia pergi dulu sblm dia. Semoga asbab pemergian arwah fatin nasrien Allah mudahkan dia menarik tgn makayah dia utk melangkah ke syurgaMu Ya Allah . Amin ya rabbal alamin Insya-Allah.. “

” Allahu… fatin nasrien ank yg hebat ank yg baik.. didikan ibu bapa yg hebat.. ank harapan keluarga… namun Allah lbh sayangkan dia.. smuga syurga tertinggi buat mu sayàng.. alfatihah.. “

” Arwah sgt baik.. time nenek,atuk sakit kat hospital dia lah yg pertama pergi jaga.. anak yg baik dah tentulah syurga Firdausi buat dia.. saya pakcik dia.. “

” Mak yg kehilangan anak ni sakitnya lagi dalam. Anak meninggal seolah2 separuh nyawa mak tu dh dibawa pergi. Kadang bertahun2 pon sedih tk pernah hilang. Mcm ni lah mak aku rasa bila arwah adik aku tkde. Aku tengok pon aku rasa sakit juga.. “

” Dulu kita happy pegang sijil kelahiran dia , now kita pegang sijil kematian dia pulak . mana tak sedih . ibubapa yg kehilangan anak berbeza rasa dengan anak2 yg kehilangan ibubapa.. “

” Di hari terima sijil kelahiran anak, ibu lah orang paling gembira. Di hari terima sijil kematian anak, ibu lah yang paling berduka.. “

Hati ibu mana yang tidak sedih terpaksa merelakan pemergian anak tersayang. Anak yang pertama mengajar makna sebenar gelaran ibu. Semoga keluarga Fatin diberikan kekuatan untuk menghadapi kesedihan ini dan sama-sama kita mendoakan agar roh Fatin dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok JPN Terengganu, FB Warga Setiu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak