Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya ulang banyak kali tengok video ni, seronok tengok family ni.. ” – Netizen

Video Percutian Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah Dan Anak-Anak Raih Perhatian Warganet. Wah Seronok Semua Happy Main Bersama. Daddy Kuat Bul1 Mummy Ni, Sakan Dengan Gelak Ketawa. Ada Yang Kata Part Watie Naik Basikal Tu, Sekilas Pandang Macam Arwah Sarah !!

Selesai majlis perkahwinan mereka baru-baru ini, Shuib dan Watie Hanifiah pergi berbulan madu ke Pulau Langkawi. Kini giliran pasangan ini bercuti bersama anak-anak pula dan menerusi perkongsian Instagram Watie Hanifiah beberapa jam yang lalu, satu video baru telahpun dikongsikan.

Memilih Avani Sepang Gold Coast Resort sebagai percutian keluarga, ianya turut disertai oleh ayah Siti Sarah, Raissuddin Hamzah dan isterinya, Makder. Makder juga merakamkan banyak moment indah Shuib, Watie dan anak-anak sepanjang di sini.

Dalam video ini, dapat dilihat Shuib, Watie dan anak-anak bermain bolae bersama-sama. Watie yang suka gelak ini tidak henti ketawa kerana Shuib suka menyakat. Pantang Watie mendapat bola sahaja, terus Shuib memel0knya agar anak-anak dapat mengambil bola sepak tersebut.

Kegirangan anak-anak apabila bersama daddy dan mummy mereka ini membuatkan warganet tersenyum melihatnya. Bukan anak-anak sahaja yang merasa bahagia, warganet juga turut tumpang bahagia melihat senyuman Uwais, Talita dan Matin itu.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Watie ini telahpun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang boleh kami kongsikan untuk pembaca :

” Happynyaaa, saya sorang je ke part kakwati naik basikal tu sebiji macam arw4h kaksarah. terkejut, apapun semoga kekal ke jannah.. ”

” Wehh masa watie naik basikal tu seiras pulak mcm arw4h. al fatehahh.. sekali pandang nampak muka arw4h.. ”

” Sya bhgia Tgk Shuib,Watie dan anak Bhgia happy bersama. walaupun dlu mcm xberapa blh terima hbgn dorng Tapi sekrg sya doakan jodoh mereka kekal smpai ke Jannah.. ”

” Sya bangga dan Seronoklaaa fmly bahagia.. ini contoh buat kita semua.. Bila ramai jadi seronok dan best.. Sya yg melihat senantiasa mendoakan agar kebahagian ini tetap berpanjangan.. Amin Alhamduliahhh.. ”

” Bahagia tengok Watie, Shuib dan anak anak.. Daddy suka buli mummy.. Tumpang happy tgk Suib n anak2 bahagia bersama watie. Jaga mereka baik2 ye Watie.. semoga bahagia till Jannah.. ”

” Terserlah keibuan Wati… mogaa bhgiaa.. ish sweet smoga bahagia smpai bila2 amin.. Happy family.. ”

” Sy ulang byk kali tgk video ni, seronok tengok family ni.. alhamdulillah.. saya pon gelak aekali tgk.. happy family.. ”

Alhamdulillah kegembiraan anak-anak itu yang utama dan paling bermakna. Seronok warganet melihat keluarga Shuib ini, duk4 yang dahulu kini sudah berganti ceria. Semoga Shuib, Watie dan anak-anak berbahagia dan gembira selalu bersama sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Watie Hanifiah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT