Artis / Selebriti
” Saya geram lah dengar nama dia. Iqbal tu memang.. ” – Cik B
Video respon balas Cik B mengenai isu Iqbal Zulkefli menegur bulu mata palsu Dato’ Seri Vida raih perhatian ramai. Fuh marah betul Cik B, panas berapi kata-kata Cik B. Iqbal pun ada tinggalkan komen juga..
Hubungan cinta dan perancangan Dato’ Seri Vida untuk menikahi Iqbal Zulkefli beberapa tahun yang lalu telah pun berakhir dengan perpisahan. Semenjak itu mereka tidak bertegur siapa sehingga lah ditemukan kembali di jamuan hari raya di rumah Dato’ Seri Aliff Syukri baru-baru ini.
Selepas itu, terjadi satu lagi pertemuan dan Iqbal ada mengatakan sekiranya mereka masih berhubungan baik, Iqbal mahu DS Vida mengubah penampilan bulu mata. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati anak perempuan DS Vida, Cik B dan pihak wartawan cuba mendapatkan komen Cik B berkaitan isu tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Cik B menempelak tindakan Iqbal itu. Cik B sangat tidak suka mendengar nama Iqbal dan menggelarkan Iqbal sebagai seorang yang dahagakan perhatian orang ramai.

Tambah Cik B lagi, setebal mana pun bulu mata yang mamanya pakai, itu adalah hak peribadinya. Iqbal tidak perlu mencampuri cara penampilan DS Vida. Jawapan yang diberikan oleh Cik B itu sudah cukup untuk menunjukkan, Cik B tidak lagi merestui sekiranya Iqbal masih berhasrat untuk mendekati mamanya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Saya suka cik b dia sangat lucu dan berterus terang anak baik mama.. uuuuuuu.. jawapan memang win, anak mama yang hebat.. “
” Cik b straight to the point.. Pandai cikB jwb SPONTAN attention seekers.. cikkkkkkk B .. cikkkkkkk. B cikkkkkkkkk B. siapaaaaaaaaaaa kauuuu! suka dengar tok VIDA gelakkkkkkkk trhibor.. “
” Pandai Cik B mengajuk iqbal haha.. Aku tergelak besar yg Cik B buat muka Iqbal tu.. cik b anak yang baik, dia cuba melindungi mama dia.. “
” Respect cikb_havoc66 a beautiful soul person.. Terbaiklah CikB. Nampak betul CikB ni very protective of DSV.. semoga yang baik2 untuk CikB.. “
” Good cik b, jujur dan tak fake.. dengar tu iqbal, terima seadanya.. Anak yg baik adalah yg menjaga maknya,pertahankan mak dalam apa pun situasi.. “
” Cik B mmg ank mama yg hebat. Berkat DSV selalu sebut, mmg betul2 hebat Cik B sekarang. Hebat menjaga mamanya.. “
” Bagus Cik B, dahulukan maruah ibu. Terbaik lah Cik B. Betul jugak apa yang cik b cakap, aku baru perasan.. Matang la CikB ni, terbaikla dia protect mak dia.. “
Iqbal turut meninggalkan komen di posting ini :

Cik B menjalankan tugasnya sebagai seorang anak yang melindungi ibu dengan sebaik yang mungkin. Jawapan yang kedengaran agak kasar dan keras, namun itu satu peringatan untuk Iqbal supaya tidak lagi hadir dalam hidup DS Vida selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekarang bahagia, jauh lebih bahagia sebab saya ada dunia di luar politik.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” 1st time performance dengan ayah sebenarnya buat Azeva sedih tapi.. ” – Azeva

