Artis / Selebriti
” MasyaAllah, sedap betul. Pandai Bella memasak.. ” – Mama YB Saddiq
Video ibu YB Syed Saddiq, Puan Shariffah Mahani memuji masakan bakal menantunya, Bella Astillah raih perhatian ramai. Wah, laku keras laksa dan nasi ayam Bella masak. Patut lah bakal ibu mertua approved Bella masak sedap..
Meninjau di akaun TikTok milik sitieiyka90, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan suasana meriah ketika majlis rumah terbuka anjuran YB Syed Saddiq. Video tersebut bukan sahaja memaparkan kehadiran tetamu yang ramai, malah turut menampilkan kemeriahan dan kehangatan suasana sambutan yang penuh mesra.
Menerusi rakaman itu, kelihatan ibu kepada Syed Saddiq, Puan Shariffah Mahani sedang sibuk menguruskan perjalanan majlis. Beliau juga dilihat tidak menang tangan memastikan setiap aspek majlis berjalan lancar dan mencerminkan sifat prihatin dan dedikasinya sebagai tuan rumah.
Apa yang lebih mencuri perhatian, Puan Shariffah Mahani turut berkongsi tentang pelbagai juadah yang disediakan kepada para tetamu. Antara hidangan yang menjadi tumpuan ialah laksa dan nasi ayam yang dimasak oleh Bella Astillah sendiri. Menurut Puan Shariffah Mahani, kedua-dua hidangan tersebut mendapat sambutan hangat dan ‘laku keras’ di kalangan tetamu yang hadir.

Selain itu, Shariffah Mahani juga tidak lokek memberikan pujian terhadap masakan bakal menantunya itu. Beliau memuji masakan Bella sangat enak dan memenuhi selera, di samping memperlihatkan reaksi penuh kasih sayang terhadap hubungan mereka.
Tonton video di bawah ini :
@sitieiyka90 mama Approve laksa & nasi Ayam ✅ #syedsaddiq #bellaastillah #bass #shariffahmahani
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah puji giler mama Yb pd Bella, beruntung Bella disyg mentua n family Yb.. Masyaallah sdp betul pandai bella masak.. “
” Untung mentua dpt menantu serba serbi ble, laksa n nasi ayam Bella masak dah habis tinggal balance je.. Sdp kemain ni.. “
” Org baik semua org sayanggggg.. Tengok pun dah tahu Bella ni memang serba serbi boleh masak.. Hebat betul dia.. “
” Nampak mama YB sayang sangat2 dengan Bella.. Ikhlas sayangkan Bella.. Alhamdulillah rezeki Bella dapat bakal mertua yang sangat2 baik dan penyayang.. “
” Seronok tengok keluarga bella dan saddiq ni nanti Bella dah jadi isteri Yb Syed saddiq lagi sentiasa meriah dan harmoni insyaallah peminat peminat setia sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik.. “
” Bakal menantu kesayangan very humble .cantik Bella, manis berbaju kelawar.. Boleh buat kerja apa saja.. Bakal menantu yg rajin dan ringan tulang.. Pilihan Yb Syed Saddiq memang hebat.. “
” Buatnya Bella manala yb n family tak syg, Bella tak nk suruh2 org lain buat, semampu dia ble buat dia, tp Bella jgn nk angkat yb plk, patah pinggang biar yb angkat bella, muda2 kuat Bella.. “
Ramai yang berpendapat bahawa Bella sangat bertuah kerana memiliki bakal ibu mentua yang penyayang. Dalam masa yang sama, Bella turut dipuji sebagai seorang yang serba boleh, bukan sahaja berbakat dalam nyanyian dan lakonan, malah turut mahir di dapur, menjadikannya seorang wanita yang lengkap di mata peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sitieiyka90
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekarang bahagia, jauh lebih bahagia sebab saya ada dunia di luar politik.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada banyak perbincangan mengenai perancangan masa depan sebab saya tak nak.. ” – YB Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen

