Artis / Selebriti
” Saya ada satu penyakit yang orang tak tahu.. ” – Dato’ Aliff Syukri

Video Dato’ Seri Aliff Syukri mendedahkan kekurangan dirinya yang pernah membuatkan orang memandang hina kepadanya buat warganet tersentuh. Kesiannya Dato’, sampai macam tu sekali dihina dan diherdik..
Nama Dato’ Seri Aliff Syukri bukan asing lagi dan beliau merupakan salah seorang usahawan kosmetik bergelar jutawan. Kegigihan Dato’ Aliff berniaga dan caranya menguruskan perniagaannya agar sentiasa bertahan mengikut peredaran zaman membuatkan ramai kagum.
Seiring kejayaan yang dicapai oleh Dato’ Aliff sekarang, banyak kisah hidupnya yang sedih dan meruntun hati. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Dato’ Aliff Syukri, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Dato’ Aliff bercerita dalam satu podcast.
Dedah usahawan berjaya ini, beliau mempunyai satu penyakit yang ramai orang tidak tahu. Dek kerana penyakitnya itu juga membuatkan Dato’ Aliff menghadapi kesukaran dalam belajar dan natijahnya pendidikan Dato’ Aliff hanya sekadar tingkatan 5 sahaja. Sijil Pelajaran Malaysia Dato’ Aliff juga tidak lulus.
Dato’ Aliff juga memberitahu, beliau pernah diherdik dan dihina oleh orang sekeliling kerana bagi mereka Dato’ Aliff ini orang yang bodoh dan hanya bersandar kepada rupa. Hinaan itu membuatkan Dato’ Aliff tersentak dan dari situ Dato’ Aliff bertekad untuk menjadi peniaga yang berjaya.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisofficial Semoga anda yang ada anak DaXialsia yang kurang pandai dlm pelajaran jangan anda ingat dia bodoh dan takkan akan berjaya percayalah rezeki ada di mana-mana anda pakai parent doa yang terbaik untuk anak-anak yang macam ni
♬ bunyi asal – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dyslexia is orang yg sgt bijak. bukan tak bijak cuma mereka ni kurang Dari segi bahasa Dan penulisan. mereka adalah org yg ada banyak idea. Dan idea mereka ni sgt advance. kalau nak cari idea bisness tanyalah kawan2 yg dyslexia.. “
” Ingat korang wlupun spm dato tak bagus tapi dato berjaya skrg sbb dato berusaha, tak malas, tak memilih, sanggup berpanas, rajin berusaha dan dato ada isteri yg setia dan jadi tulang belakang utk keluarga dato.. “
” Anak sulung sy lelaki dyslexia+adhd. mulut petah bercakap non stop mcm dato ni la, mudah2an anak sy ada sifat mcm dato rajin berusaha inshaAllah aminn.. “
” ‘ Mungkin’ dia x bijak TAPIIII dia rajin. berani. berwawasan. dia ikhlas, suka bersedekah n x lupa minta dgn Allah selain sgt sygkn keluarga.. “
” Aliff Syukri mungkin ada dyslexia tapi kekuatan dia adalah determination.. Bagi saya dato hebat, kuat bekerja.. suka semangat dato yg mula2 tu.. alhamdulillah skrg dato di tahap yg mmbanggakan.. “
” Suka cerita Dato bila dia serius. Byk pelajaran dna semangat yg boleh diambil dari pengalaman Dato.. “
” Dato kurang dalam pelajaran… tapi bijak Dan berjaya dalam perniagaan… salah satu sumber inspirasi.. boleh jadi contoh dato aliff ni.. “
Kisah yang memberi inspirasi untuk semua penghidap Dyslexia, ianya bukanlah kekurangan dan mereka juga boleh berjaya dalam hidup. Apa yang penting, ada semangat untuk maju dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, pasti ada kejayaan yang akan dikecapi.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen