Artis / Selebriti
” So touching cara Ayden nyanyi, menusuk ke kalbu. Ni versi yang lebih sedih ni Ayden.. ” – Komen Netizen

Video anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean menyanyi lagu single terbaru Bella, Lebih Indah Berpisah buat ramai tersentuh. Syahdunya dengar suara Ayden, penghayatan dan reaksi wajah yang menyentuh hati..
Anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean antara anak selebriti yang sering mencuri perhatian warganet. Ayden seorang kanak-kanak yang bijak dan petah bercakap. Anak yang baik dan selalu ada di saat jatuh bangunnya Bella, Ayden juga berbakat dalam bidang nyanyian.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Didi Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ayden menyanyi lagu single terbaru Bella bergandingan bersama Ade Govinda berjudul Lebih Indah Berpisah. Lagu ini sememangnya cukup menyentuh hati pendengar kerana lirik dan jalan ceritanya mengenai seseorang yang dikhianati.
Sebagaimana yang Bella pernah maklumkan menerusi salah satu sesi live baru-baru ini, Ayden dan Ara sudah menghafal lagu barunya itu. Mendengar nyanyian Ayden dalam video perkongsian ini, ramai yang memuji kemerduan suara Ayden menyanyikan lagu tersebut.
Tidak hanya penghayatan yang sepenuh jiwa, reaksi wajah yang Ayden tunjukkan juga cukup meninggalkan kesan di hati penonton. Baru sekecil ini sudah pandai menghayati lagu, Ayden sememangnya sangat berbakat dalam bidang nyanyian. Suara serak-serak basah Ayden juga meraih pujian ramai.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aydennn kesayangan kami semua ni so talented.. dah lama kat Malaysia takde artis lelaki suara mcm ni. Ada sorang dulu serak2. Top sgt. Tp dah xde dah pergi.. Lupa nama.. “
” Sedihnya, semoga baik2 saja yangmendatang nanti, Nanti dah besar jaga mama n adik baik ye aydenn bdk baik.. “
” Aunty is crying listening your singing ayden.. Ni versi yang lebih sedih ni Ayden. best suara Ayden. unik serak serak basah.. “
” Lepas ni please record Ara nyanyi pulak.. Sedap suara ayden. You’re so talented ayden.. Nti dah besar jaga your mom and adik.. “
” MashaAllah so touching cara Ayden nyanyi. Menusuk ke kalbu. Syabas Ayden.. Syahdu sgt ni syg kamu nyanyi, aunty jadi sebak plak.. “
” Aunty sebak lah sayang.. suara bagus, serak serak basah.. alahai comelnya.. nangis dibuatnya dengar ayden nyanyi.. penuh penghayatan macam Ayden yang tersakiti.. “
” Adoiii ayden mataku ada masuk habuk. Jadi sebak dgr suara ayden cover lagu ni.. ayden btl2 menghayati lirik sampai sini sedih.. “
Penghayatan Ayden memang terbaik dan suaranya itu membuatkan ramai yang tidak puas mendengarnya. Jika bakat Ayden digilap lagi, tidak mustahil Ayden akan menjadi penyanyi yang hebat suatu hari nanti. Semoga Ayden akan menjadi anak yang soleh untuk Bella dan menjaga Bella sebaik mungkin apabila besar nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Didi Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral2 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral3 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S