Artis / Selebriti
” Punyalah kita tunggu naik pitch kat part ‘kakak tua’, sekali kakak ‘taik lalat’ dia sebut, haha.. ” – Netizen
Video Anak Ernie Zakri, Khawla Soleha Menyanyi Lagu ‘ Buai Laju-Laju’ Versinya Sendiri Buat Ramai Terhibur. Alahai Comelnya Suara Khawla. Part Last Tu Kelakar, Haha !!
Ernie Zakri dan juga suaminya, Syamel memang dikenali ramai. Pasangan ini antara penyanyi yang dikatakan mempunyai bakat besar dalam bidang seni suara. Boleh dikatakan semua lagu nyanyian Ernie serta Syamel mendapat pujian daripada para pendengar.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Khawla Soleha yang berusia 2 tahun. Jika mengikuti akaun Instagram mereka, pasti mengetahui Ernei mahupun Syamel sering berkongsi perkembangan Khawla.
Terbaru, Ernie telah memuatnaik satu video yang memparkan gelagat Khawla sedang menyanyi. Menerusi video itu, Khawla menyanyi lagu ‘ Buai Laju-Laju’ versinya sendiri sambil duduk di atas buai. Sesekali kedengaran suara Ernie turut menyanyi bersama-sama Khawla.
Namun ketika sedang menyanyi, Khawla seolah-olah hilang fokus dan tiba-tiba Khawla memberitahu dia ternampak tahi lalat. Perkongsian video tersebut menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan yang Khawla pandai menyanyi dan perkataan yang disebutnya satu persatu sangat jelas didengar.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat gelagat comel Khawla. Antara komen-komen warganet adalah :
” Punyalah kita tunggu naik pitch kat part ‘kakak tua’ ,sekali kakak ‘taik lalat’ dia sebut, haha.. Boleh tahan kelakar yer Khawla sekarang.. “
” Ingatkan Khawla nak nyanyi lagu laju laju buaiku laju, aku nak kahwin dengan anak raja.. Khawla nak jadi bawang putib ke bawang merah.. “
” Ni pencabar Ernie untuk vokal terbaik AJL50 hehehe.. Acik punya lah tunggu dari awal part akhir skali tahi lalat pula yang dia nmpak, hehe.. “
” Vokal dia satu persatu jelas.. Comeinyaaaaa awak ni Khawla.. Tahniah anda adalah penyanyi.. Patu tiber tahi lalat, hahahahaha berdekah kita yang dengar pun.. “
” Mak dia nyanyi lagu kaka tua pun sedap bukan main.. Aku nyanyi lagu happy birthday pun sendiri rasa tak sedap.. Huhu rasa nk terjun sungai.. “
” Eiiiiii comel sungguh lah ..Geram kita tengok mulut muncung dia nyanyi tu.. Lala senang hilang fokus ehhhh, terus nampak tahi lalat.. “
” Comel lah Lala nih.. Pandai pulak tu tegur ada tahi lalat, hahahahahaa.. Potong terus nk nyanyi.. Kena scam betul part last tu, haha.. “
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, melihat gelagat Khawla menyanyi pasti terbayang Ernie sedang menyanyi. Bakat Ernie dan Syamel nampaknya diwarisi oleh puteri mereka. Apa-apa pun semoga Khawla terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG erniezakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoi penat gelak, letih ada suami macam ni. Terbatal niat nak kurus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Siap beriba dengan Tengku Ahmad, first time tengok ni. Tengku Ahmad sekali kena siram.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya dah mula sayang dengan Kilauan Emas, tup tup masa saya dah habis.. ” – Roy Azman
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu. Allah uji dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Really amazing performance. Meremang bulu roma dengar suara Shila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Laju Fattah lari, nak putus nafas dah kawan tu kejar. Nabil main tipu pun kalah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata dia menahan sebak. Dollah ingat apa yang ibu dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” No wonder lah mertua Sarah sayang dengan Sarah.. ” – Komen Netizen