Artis / Selebriti
” Pertama kali tengok Ina menangis macam ni, sedihnya tengok Ina.. ” – Netizen
Video Terbaru Ina Naim Ketika Ingin Berpisah Dengan Jirannya Di Kelantan Buat Warganet Sebak. Masa Arwah Baru Pergi, Ina Nampak Tenang. Yang Ni Nampak Ina Sedih Sangat !!
Sudah lama warganet tidak mendengar khabar Ina Naim dan anak-anaknya. Baru-baru ini, Ina bersama anak-anak kembali menjejakkan kaki ke rumah sewa mereka di Kelantan. Turut bersama menemani Ina dan anak-anak adalah mak, abah dan adik beradiknya.
Meninjau akaun Tiktok madamtiass, telah dikongsikan video Ina bersama jiran-jiran di Mahabbah Taman Paduka. Hubungan Ina dan semua jiran-jirannya memang akrab dan sewaktu arwah Suhaimi masih ada juga, ada sahaja aktiviti yang mereka lakukan bersama.
Kehadiran Ina kali ini disambut dengan meriah dan mendapat layanan yang baik daripada semua jiran. Duduk bersama, berbual dan bermesra selama beberapa hari, tiba hari mereka semua berpisah. Dapat dilihat, Ina tidak dapat menahan airmatanya.
Ini kali pertama warganet melihat Ina sebegini sedih. Berjurai air mata Ina ketika memeluk jirannya itu. Memetik komen warganet, ketika arwah Suhaimi pergi, Ina tenang sahaja. Tetapi pada kali ini kesedihan Ina turut sama dirasai oleh warganet yang menonton video itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β
@madamtiass Ya Allah..sedihππ entah bila pula dapat berjumpa. Akak doakan ina dan anakΒ² sentiasa dipermudahkan segala urusan dan kuat menempuh ujian kehidupan ini..@INA SUHAIMI #inasuhaimi #suhaimisaad #alfatihah #fypγ·
β¬ original sound – y a t i e π²πΎβ€π΅πΈ – YATIE 3Hπ
Video Ketika Ina baru sampai ke Kelantan bersama anak-anak dan keluarga :
@madamtiass Alhamdulillah Ina dan keluarga selamat sampai dirumah Madam pada 11/1/2024 pukul 10 malam. Walaupun penat perjalanan yang jauh..terlerai rindu kami dan Jiran Mahabbah Taman Paduka. #inasuhaimi #suhaimisaad #alfatihah #fypγ·
@madamtiass Alhamdulillah Allah kurniakan kami JIRAN MAHABBAH TAMAN PADUKA sentiasa menjaga batasΒ² pergaulan dan saling menghormati. Menyambut kehadiran tetamu dengan penuh adab..terima kasih @inasuhaimi78,abah,mak dan adik beradik Ina. #inasuhaimi #suhaimisaad #alfatihah #fypγ·
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masa awal-awal arwah men1nggal.. ina nmpk tenang je tak sedih sgt… skrg ni sllu nmpk dita nangis mybe dh mula merindui arwah.. ”
” Pertama kali tengok Ina Naim nangis macam ni.. kita pulak yang over touching.. teresak-esak sama menangis huhu.. ”
” Pertama kali tengok Ina menangis mcm ni.. dia rindu kenangan lalu bersama arwah dan org sekelilingnya yg baik-baik.. sebak tgk.. ”
” Ketat dada tengok ina, betapa saratnya rindu dia pada arwah.. banyak kenangan dia kt sana terpaksa tinggalkan.. ”
” Aku turut menangis, dari pelukan dia… kita da tau bertapa sedihnye dia… ina memang seorang isteri yg baik… sedih la tengok.. ”
” Berat nak melangkah, tinggalkan jiran-jiran yang banyak tolong dia… sedihnya tengok Ina.. ada jodoh bertemu lagi.. ”
” Sedihnya setelah sekian lama duduk kelantan dengan arwah ss.. baru hri ni nmpak ina nangis… ya Allah sedih nya tgk ina… semoga ina dan anak-anak diberi kekuatan.. ”
Hati mana yang tidak sayu, banyak kenangan Ina bersama arwah Suhaimi di bumi Kelantan. Jiran-jiran pula sangat baik dan banyak membantu Ina sekeluarga. Semoga ada rezeki dan umur yang panjang, Ina dan anak-anak akan bertemu lagi dengan semua jiran-jirannya ini. Insha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Madamtiass
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Siap beriba dengan Tengku Ahmad, first time tengok ni. Tengku Ahmad sekali kena siram.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya dah mula sayang dengan Kilauan Emas, tup tup masa saya dah habis.. ” – Roy Azman
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu. Allah uji dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Laju Fattah lari, nak putus nafas dah kawan tu kejar. Nabil main tipu pun kalah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Really amazing performance. Meremang bulu roma dengar suara Shila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata dia menahan sebak. Dollah ingat apa yang ibu dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” No wonder lah mertua Sarah sayang dengan Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dia rindu Fatima sangat tu. Sedih tengok Fattah.. ” – Komen Netizen