Artis / Selebriti
” Abang, macam tu je ke reaction abang.. ” – Uqasha Senrose
Video Uqasha Senrose Bercerita Reaksi Kamal Adli Ketika Diberitahu Dirinya Hamil Mencuit Hati Ramai. Adui Kamal, Boleh Pulak Reaksi Macam Tu Eh. Berbeza Betul Realiti Dengan Dalam Drama. Mana Lah Uqasha Tak Geram, Haha !!
Pelakon wanita cantik, Uqasha Senrose telah pun memaklumkan kepada umum mengenai berita kehamilannya beberapa hari yang lalu. Berita ini disambut dengan gembira oleh semua terutamanya peminat setia Uqasha dan Kamal Adli yang selalu mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat.
Meninjau Youtube Channel Kisah Selebriti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Uqasha bercerita mengenai reaksi Kamal ketika diberitahu tentang kehamilannya itu. Jika dalam kebanyakan drama yang Kamal lakonkan banyak menunjukkan reaksi gembira apabila mengetahui isteri hamil, berlainan pula dalam dunia realiti.
Kata Uqasha, Kamal langsung tidak menunjukkan rasa teruja atau gembira. Kamal lebih banyak menunjukkan keterujaannya untuk bergelar ayah itu dari segi perbuatannya. Selepas Uqasha memberitahu hamil, Kamal segera naik ke tingkat atas rumah dan memikirkan susun atur bilik baby.

Apabila ditanyakan oleh Uqasha mengapa responnya tidak seperti dalam drama, jawapan Kamal mencuit hati ramai. Salam drama skripnya sudah tersedia, cuma dilontarkan dan dilakonkan. Hanya ada 1 perkataan yang Kamal ucapkan iaitu ‘ Yeayy i am the man ‘.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ingat laki aku je rosak, Kamal Adli pun spesis rosak ni haha.. Macam nak hemp0k je dengan periuk.. ”
” Haha pelakon pun sahkan drama tak sama dengan realiti.. HAHAHA. padahal dua dua artis xpandai nak dramatik dalam dunia realiti.. ”
” Macam lawak lak dengan cara dia cerita hehe. Semalam dia buat live, saya tersengih-sengih sorang-sorang.. ”
” Sumpah betul, tak de macam dalam drama.. Lambat hadam haha.. even artis sendiri pun xbuat reaction dramatik haha.. ”
” Kamal Kamal, realiti tak sama dengan dalam drama okey haha. Part bebel-bebel tu lucu.. tapi Kamal excited sebenarnya. cuma blur lah tu.. ”
” Tergelak dengar part yang i am the man tu hahahaha.. lucu Kamal ni tapi congrats both of you.. mesti comel anak dorang nanti.. ”
” Tergelak la, boleh bayang reaksi Kamal dengan muka blur dia tu haha.. lawak lah kamal ni. tak tahannya terus pikir baby coat nak letak mana haha.. ”
Macam tu rupanya reaksi Kamal, memang luar jangkaan betul ni. Ingatkan sweet dan dramatik macam drama, tapi sebenarnya tidak. Apa-apa pun, semoga Uqasha dipermudahkan urusan sepanjang kehamilannya ini sehingga selamat melahirkan nanti.

Tonton video penuh di bawah :
https://youtu.be/vQdynxU2cao?si=yUKRzVsALP5UqrX1
Silakan SHARE..
Sumber : , Youtube Channel Kisah Selebriti, Tiktok sukajalanjalan43, IG Uqasha Senrose
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen



