Artis / Selebriti
” Penyanyi asal pulak kena tengok lirik sambil nyanyi. Tiara punya pasal, haha.. ” – Komen Netizen
Video Aisha Retno dan Aziz Harun cover lagu Ketipak Ketipung Raya versi anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah buat warganet terhibur. Alamak masuk air jugak Aisha dan Aziz ni, sporting sangat..
Lagu Ketipak Ketipung raya nyanyian asal Aisha Retro dan Aziz Harun antara lagu raya yang menjadi siulan ramai tahun lalu. Tidak hanya golongan dewasa, malah kanak-kanak juga menyukai lagu ini dan menjadi lagu kegemaran mereka termasuk lah anak Achey Bocey yang bernama Tiara Zinnirah.
Beberapa hari yang lalu, Achey ada berkongsikan Tiara menyanyi lagu raya tersebut tetapi liriknya sudah diubah menjadi lirik Tiara sendiri. Video tersebut telah mendapat perhatian Aisha dan Aziz. Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Aisha Retno, telah dikongsikan satu video Aisha dan Aziz menyanyi bersama.
Mereka meniru lirik yang Tiara nyanyikan dan ianya mencuit hati semua warganet. Aisha dan Aziz juga kelihatan begitu enjoy menyanyi lagu tersebut walau pun liriknya banyak yang tersasar jauh daripada lirik yang asal. Harmoni sungguh paduan suara Aisha dan Aziz ini.

Sesekali tergelak juga Aisha dan Aziz dengan lirik yang mereka nyanyikan itu. Sampai ke Muar ye Tiara ajak semua menyambut hari raya. Pada penghujung video tersebut, Aisha dan Aziz turut menyanyikan lagu khas untuk Tiara. Wah untung lah Tiara, memang kena betul lagu itu untuk Tiara.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Korang dah minta izin Tiara belum nak guna lagu dia ni haha.. sporting gila lah korang berdua ni.. tergelak kita dengar.. “
” Penyanyi asal pulak kena tengok lirik sambil nyanyi.. terbaik lah Tiara.. Tiara punya pasal.. lagu ini akan melagenda sampai selamanya.. “
” Lepas dengar versi ni 44 kali, maaf cakap lupa dah versi asal haha.. abis disasaukan sanak saudara.. ee geram lah.. “
” Cuba tanya tiara dia pun team BASS gak ke sebab nak g raya muar hahhaha.. lps dgr versi ni acik dah lupo versi asal weh hahahhaah.. “
” So confirm la semua kena raya kat kampung YB Syed Saddiq camni? beraya dengan bella sekali haha.. “
” Ingat ni bahasa mana2 rupanya ni bahasa tiara.. Hahahah penyanyi asal tiru tiara pulak yee.. Tiara version the best.. “
” Maaf cakap.. cant even recall the original version. Mmg gini lah nyanyi lepas ni.. haha comel lah Aisha dan Aziz ni.. “
Comel sungguh apabila penyanyi asal cover lagu versi Tiara ini. Sporting lah Aisha dan Aziz, syok pula mendengar versi tersebut. Tentu Tiara pun gembira kerana penyanyi lagu raya kesukaannya menyanyi lirik ciptaan Tiara. Apa-apa pun, memang padu lah suara Aisha dan Aziz.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aisharetno02
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti1 day ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen


