Artis / Selebriti
” Penat saya gelak Dato’. Semua lirik memang ke laut dalam, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri menyanyi beberapa buah lagu raya mencuit hati ramai yang mendengarnya. Habis semua Dato’ buat lirik sendiri. Lain terus jadi lagu raya tu, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik sitijewelsmy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang lelaki bersama usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri. Perkongsian video tersebut berjaya menarik perhatian warganet apabila memaparkan momen santai dan menghiburkan antara mereka berdua.
Menerusi video itu, lelaki berkenaan dilihat memulakan nyanyian lagu raya yang cukup popular berjudul Suasana Hari Raya. Suasana dalam video tersebut kelihatan ceria apabila lelaki itu menyanyi dengan penuh semangat sambil berada di sisi Dato’ Aliff.
Selepas menyanyikan beberapa baris lagu tersebut, lelaki itu kemudian meminta Dato’ Aliff untuk menyambung nyanyian. Namun begitu, apa yang mencuri perhatian ialah apabila Dato’ Aliff menyanyikan lirik yang tidak tepat sehingga membuatkan situasi tersebut bertukar menjadi lucu.

Tidak lama kemudian, lelaki tersebut mencuba pula dengan menyanyikan sebuah lagi lagu raya yang lain dan sekali lagi meminta Dato’ Aliff menyambung nyanyian dengan harapan usahawan itu dapat mengingati liriknya. Namun, percubaan kedua itu juga tidak begitu menjadi apabila Dato’ Aliff sekali lagi tersalah lirik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji ketawa dan ada yang meluahkan rasa terhibur selepas mendengar nyanyian Dato’ Aliff tersebut. Antara komen tersebut :
” Penat saya gelak Dato’. Semua lirik memang ke laut dalam, haha.. Sesat barat, serba kelaut jadinya, kahkahkah.. “
” Menyesal tak kau suruh dato tu nyayi bakpe.. Bertabahlah, tak cukup latihtubi ni.. Hahahahhaaha paling penting confident tinggi.. “
Gelagat spontan Dato’ Aliff yang tidak mengingati lirik-lirik lagu raya tersebut membuatkan suasana bertambah meriah dan mengundang tawa. Perkongsian video itu menghiburkan hati ramai yang menontonnya. Ada yang turut meninggalkan pelbagai komen lucu selain mengakui mereka terhibur melihat gelagat Dato’ Aliff menerusi video berkenaan.

Apa-apa pun, perkongsian video tersebut jelas berjaya menceriakan hari ramai selain mengingatkan kembali kemeriahan lagu-lagu raya yang cukup sinonim setiap kali menjelang Aidilfitri. Kalau tak salah lirik, memang bukan Dato’ Aliff Syukri lah namanya, hehe..

Silakan SHARE..
Sumber : IG sitijewelsmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

