Artis / Selebriti
” Wahh lancar je Hayder baca surah ni. Langsung tak ada tersekat-sekat.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Eyra Hazali, Hayder Qhalish mengaji di majlis sambutan Nuzul Al-Quran KinderHive raih pujian ramai. Alahai comelnya Hayder ‘bin tak payah’ mengaji. Yakin dan lancar, terbaik lah Hayder..
Anak Eyra Hazali, Muhammad Hayder Qhalish seringkali mencuri perhatian warganet. Sejak kecil lagi, banyak video Hayder yang mencuit hati warganet. Hayder anak yang baik dan sangat petah bercakap. Tidak hanya di rumah, di sekolah juga Hayder seorang pelajar yang aktif.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kinderhive HQ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hayder ketika sambutan Nuzul Al-Quran Kinderhive. Hayder antara pelajar yang terpilih untuk mengaji pada hari sambutan tersebut.
Pada awal video, Hayder memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad Hayder bin Muhammad Haziq dan bersekolah di KinderHive dekat TTDI Jaya. Hayder membacakan surah Ad-Dhuha dengan penuh keyakinan. Bacaan Hayder yang terang dan jelas menggagumkan warganet.

Keberanian Hayder memperdengarkan ayat hafazannya di hadapan ramai orang meraih pujian daripada warganet. Ramai juga yang mengusik Hayder dengan gelaran ‘ Hayder bin tak payah’ setelah mendengar ucapan pembukaan daripada Hayder itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ingat Hayder bin tak payah tadi hehe.. Alhamdulillah pandai Hayder mengaji.. Hyder hebat pandai..semoga berjaya fi dunia dn akhirat jadi kebanggan ibu ayh.. “
” Mula mula menangis nak sekolah, tapi ini hasilnya.. Terbaik lah Hayder bin tak payah ni.. semoga cerah masa depan Hayder.. “
” Alhamdulillah tahniah Hayder, anak bijak ni. “bin tak payah” dah betul this time.. nanti dah pandai baca mesti lagi advances ni.. “
” Masya Allah good job hayder.. bijaknya dia ni.. bukan bijak je, comel lagi.. Semoga berjaya dunia akhirat hayder.. “
” MasyaAllah..cerdiknya anak soleh ibu ayah ni.. dah boleh hafal surah ad-dhuha.. kagum lah dengan Hayder ni.. sempat lagi last tu babayyy eh. cute lah Hayder.. “
” Adik aku yang darjah 5 pun belum hafal lagi surah ni. Hayder baru enam tahun dah hafal, lancar lagi tu. Ishh bangga tengok Hayder bin tak payah ni.. “
” Wahh lancar je Hayder baca surah ni. Langsung takde tersekat sekat, sejuk perut mama mengandungkan Hayder. Moga Hayder menjadi pencinta Al-Quran.. “
Alhamdulillah sejuk hati mendengar bacaan oleh Hayder itu. Pada usia sebegini, Hayder sudah menunjukkan contoh yang baik. Sejuk perut Eyra kerana ada anak soleh seperti Hayder ini. Semoga Hayder membesar menjadi seorang pencinta Al-Quran dan membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kinderhive HQ , IG KinderHive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

