Artis / Selebriti
” Pecah perut aku ketawa, slay betul mommy Aqish ni.. ” – Komen Netizen
Video Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin review produk buat warganet terhibur. Tak payah skrip, spontan sahaja dialog ibu Aqish. Memang rare, boleh menangis founder dibuatnya. Part last tu berdekah gelak, haha..
Meninjau entry terbaru Puteri Balqis Ashikin di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu lagi video yang memaparkan Puteri Balqis bersama ibunya, Norashikin. Sama seperti perkongsian terdahulu, Puteri Balqis dan ibunya membuat review untuk satu produk penjagaan rambut.
Menerusi video ini, warganet dapat menonton betapa sempoi dan bersahaja dialog ibu Puteri Balqis. Ekspresi wajahnya juga turut mencuit hati warganet. Belum pernah ada selebriti yang membuat review produk sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri Balqis dan ibunya itu.
Banyak ayat ibu Puteri Balqis yang mencuit hati, antaranya ucapan akhir untuk para penonton yang menonton video mereka. Jika selalunya orang mempromosikan barangan akan meminta untuk semua mencuba produk yang ditunjukkan, tetapi lain yang ibu Puteri Balqis lakukan.

Puteri Balqis juga menggeleng kepala mendengar ayat yang keluar dari mulut ibu itu. Tulis Puteri Balqis di ruangan kapsyennya berbunyi ‘ menangis founder candyta.hq dengar member explain ‘. Bak komen warganet, ini satu-satunya review paling jujur dan seronok ditonton sehingga ke akhir.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ni sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mama awak berbual benda real life situation, Sis. Memang kitaorang madang ja tak ada duit haha.. “
” Hakak selalu kalau tengok review² produk ni hakak scroll jer laju²… Tapi kali ni hakak tertengok sampai habis dek. Dua kali ulang pulak tu haha.. “
” Tak diberi payment ke punca garang bebenor reviewnya ni haha.. Nak beli beli, tak nak beli sudah, haha. berkali2 repeat vid ni. Krem perut bestie.. “
” Spontan cool mummy aqish promote.. skrip sempoi x yah nk hafal².. yg ni 1st time aku tgok smp habis.. sbb law ada iklan ni aku suka skip.. btw moga aqish and mummy sentiasa dimurahkan rezeki dan dlm lindungan Allah swt.. doa baik² utk aqish and mummy.. “
” Perangai la dua beranak ni Haha. ulang ulang tengok bestie …. jarang nak tengok review barang ni. tapi yang ni kene tengok, kene beli.. “
” Nak beli beli , xnk beli sudah . Menangis founder.. Okayy nk bli nt nk bca luahan founder haha.. morosechild officially ur mom’s fan.. “
” Sangat best review ni.. pecah perut aku ketawa.. slay betul mommy aqish ni.. haha mudah sangat cara review.. ikhlas dari hati terus dia bagi.. “
Lain daripada yang lain review oleh Puteri Balqis dan ibunya ini. Terhibur melihat telatah dua beranak ini sehinggakan ramai yang ulangkali menonton video tersebut. Semoga Puteri Balqis dan ibunya dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa bahagia bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Morosechild
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cepatnya Lara besar. Rasanya baru je tengok Lara masa kecil-kecil.. ” – Komen Netizen

