Artis / Selebriti
” Patutlah nak Dato’ Siti nyanyi kat wedding, romantis betul kisahnya, haha..” – Komen Netizen
Video Hael Husaini berkongsi kisah kipas antara Amira Othman dan Fattah Amin buat ramai terhibur. Tengok syok dengar Hael bercerita, boleh pula dia buat macam tu. Memang meminta lah Hael ni, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Cute, perkongsian sebuah video yang memaparkan sesi live Hael Husaini yang bercerita tentang kipas romantis telah meraih perhatian ramai. Hael merujuk mengenai Fattah Amin dan Amira Othman ketika menonton konsert Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak lama dulu.
Pada ketika itu, Hael dan Wany Hasrita duduk sebaris bersama Fattah Amin dan Amira Othman. Ketika konsert tersebut Amira ada memegang kipas, manakala Fattah pula memakai pelitup muka. Hael hendak berkongsi apa sebenarnya yang berlaku antara mereka ketika itu.
Namun lain pula yang berlaku kerana Hael bercerita sambil berhenti seolah-olah penonton melihat sesi live tersebut seperti video sedang lag atau tersangkut. Memang menjadi sungguh gaya Hael ini sehingga ada penonton yang tetap menunggu Hael bercerita.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya Hael tidak berani untuk membuka cerita sebenar apa yang berlaku ketika konsert tersebut. Memang menjadi sungguh lakonan lag Hael ni.
Jom tonton video di bawah :
@cute08628 kredit live TT Hael Husaini #haelhusaini #amiraothman #fattahamin #tiktokviral #viral #fyp #trending #fyppppppppppppppppppppppp
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Skrang confirm kisah kipas jadi masa konsert tokti bukannya tntg pengapit ke bgi sbb hael ckp dia dgn wany hasrita rasa sweet.. “
” Dia belajar Dari syamel bab lag2 Tu…hahaha meminta la.. xpe Hael tgu nt dorg kawen cter ye..xpe Kita faham.. beria2 dgr dia blh lag pulak.. “
” Hahaha aneh² la Hael ni, takut la nk cerita nnt kena sumbat dlm store oleh kak long.. Adoiiii tolong kurung Hael seminggu dlm store.. “
” Td saya masuk live dia ..ingat btol2 lag tau…lawak la… meminte hael ni .. kite tggu jela bila masanya tiba, hael akn cite.. “
” Patut la nk dato CT nyanyi kt wedding, cinta berputik di konsert dato ct rupanya.. haha.. romantis betul kisahnya.. Kurung hael dgn kipas dlm stor.. “
” Mmg meminta hael yerr buat sahabatnyer tuu.. ni sorg lagi comel sgt eeee aku kang.. adeh semangat tunggu tau. lag berkali2…oooo maknenye bermula dari konsert Tok Ti la ye.. “
” Boleh teka laaa. mgkin masa konsert tu FA kepanasan ke…pastu AO dgn act of service tu offer kat FA kot “nak kipas x?”. ke sebaliknya. sb dua2 pun act of service.. “
Walaupun Hael tidak membuka mulut apa kisah yang sebenarnya tetapi para netizen sudah pandai cuba menghidu hubungan antara Fattah dan Amira. Pelbagai andaian yang dibuat oleh netizen di ruangan komen. Apa pun, kelakar juga Hael ni.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Cute
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen

