Artis / Selebriti
” Part reaksi SS masa k0ma tu aku teriak weh. Sumpah sedih dengar.. ” – Netizen

Video Temubual Hafiz Hamidun Bercerita Kisah Ketika Melawat Ina Naim Dan Anak-Anak Cur1 Perhatian. Rupanya SS Pernah Mimpi Arwah Sharifah Aini Dan Siti Sarah. Part Ina Cerita Reaksi SS Masa Koma Tu, Sedihnya. Terbayang Wajah SS !!
Hafiz Hamidun antara selebriti yang akrab dengan arwah Suhaimi Saad. Hafiz juga tidak ketinggalan untuk menziarahi pusara Suhaimi dan menziarahi Ina Naim dan anak-anak Suhaimi. Banyak rupanya kisah yang diceritakan oleh Ina mengenai Suhami kepada Hafiz.
Meninjau akaun Tiktok janganseriussangat, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual wartawan bersama Hafiz. Kata Hafiz, dia ke rumah Ina pada hari Sabtu baru-baru ini. Hafiz berkesempatan bertemu ahli keluarga Ina yang lain.
Tambah Hafiz lagi, benar yang warganet katakan, Ina memang wanita yang kuat. Anak-anak Suhaimi juga kuat seperti ibu mereka. Semuanya redha dengan pemergian Suhaimi dan Hafiz juga memuji hebatnya didikan Suhaimi sehinggakan Salman boleh mengimamkan solat jenazah ayah sendiri.
Hafiz turut berkongsi cerita daripada Ina sendiri yang Suhaimi pernah bermimpi bertemu arwah Sharifah Aini dan Siti Sarah Raissuddin. Ketika Suhaimi k0ma, ramai rakan-rakan yang membuat panggilan dan Ina memberitahu Suhaimi mengenai itu dan air mata Suhaimi mengalir walaupun dia tidak sedar.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@janganseriussangat Replying to @aedy866 Hafiz Hamidun cerita kisah semasa ziarah keluarga Arwah Suhaimi Saad. Video original & full boleh tengok di YT Bigmedia TV #suhaimisaadmeninggaldunia #suhaimisaadinanaim #suhaimisaadinteam #hafizhamidun #sahabatsejati #alfatihah
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” SS masa sak1t mimpikan Sharifah Aini, Siti Sarah, tapi Ina buat Tk tau jer ingat biasa-biasa itu slh 1 tanda dari 30 tanda. masya Allah.. ”
” Dia ckp ina n anak2 dia mmg npk kuat… ina citer balik semua yg berlaku , arwah bgtau ina mimpi sharifah ainii dgn Siti Sarah.. ”
” Bila kwn2 ina bgtau ina,ina Ada ckp ke arwah, arwah mengalirkan air Mata (MSA ni arwah da ditidurkan).. sumpah sedih weh dengar part SS yang ni.. ”
” Kak ina mmg kuat.. arwah abg suhaimi bertuah sbb kak ina isteri solehah.. ank2 mereka pn soleh solehah… kita yg tua ni pn pyah nk imamkn jenazah.. ”
” SS insan terpilih.. Alfatihah buat arwah SS. Memang kuat Ina Naim dengan anak-anaknya.. part reaksi SS masa koma tu teriak weh. terbayang walaupun SS xsedar tapi airmata dia mengalir dengar ramai kawan2 prihatin pada dia. Sayu nya.. ”
” Dia cakap sabtu lepas dia pegi jumpa Ina di kota tinggi .. pastu dia kata betullah org2 kata Ina ank beranak memang kuat.. memang dah redha.. ”
” Salman 13 tahun solat kan jenazah ayah dia di hospital, sampai rumah yang sulung pulak solatkan jenazah ayah dia. tapi kat hospital yg sulung mandikan.. ”
Benar kata warganet, Suhaimi adalah insan terpilih yang boleh merasai detik kemat1annya semakin hampir. Kata-katanya ingin hidup hanya sampai 43 tahun menjadi kenyataan. Pada penghujung hayatnya, Suhaimi tahu ramai yang menyayanginya. Semoga berbahagia dan tenang di sana Suhaimi kesayangan ramai.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok janganseriussangat, IG fakhrulunic, IG boom malaysia, IG hlive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Tak keruan Bella dekat Mekah tengok live ni. Banyak sangat YB terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen