Connect with us

Artis / Selebriti

” Dalam banyak benda saya tak pernah setuju dengan Dato’, kali ni saya setuju dan sokong, haha.. ” – Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri Memberikan Tips Agar Suami Tidak Curang Kepada Para Isteri Buat Ramai Terhibur. Part Komen Datin Shahida Tu Win Sangat, Kan Dah Kena Setempek. Habis Lah Dato’ Lepas Ni, Haha !!

Siapa tidak mengenali usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Aliff Syukri. Dato’ Aliff antara usahawan berjaya dan bergelar jutawan. Boleh dikatakan produk yang dikeluarkan oleh Dato’ Aliff yang juga merupakan anak kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim ini pasti mendapat sambutan.

Bukan sahaja pandai berniaga, celoteh Dato’ Aliff sering kali membuatkan ramai terhibur. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Dato’ Aliff memuatnaik video memberikan tips supaya suami tidak curang. Menerusi video itu, Dato’ Aliff meminta beberapa perkara harus dilakukan oleh para isteri.

Klik gambar untuk info..

Antara yang diajar oleh Dato’ Aliff adalah menyuruh para isteri perlu tahu semua password akaun media sosial suami. Selain itu, pengurusan duit gaji suami harus dilakukan oleh isteri serta segala harta diletakkan kepada nama isteri mahupun nama anak-anak.

Menerusi video kedua pula, ada netizen menyakat dan mengatakan Dato’ Aliff sebenarnya tidak memiliki harta kerana semua harta atas nama isterinya, Datin Shahida. Seloroh Dato’ Aliff di ruangan kapsyen memohon jangan ada lelaki lain mahu ‘menyond0l’ Datin Shahida kerana Datin Shahida tidak popular sepertinya dan mempunyai ramai anak.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan dua video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tak pernah aku nak komen, tapi kali ni aku sokong apa yang Dato’ Aliff cakap, haha.. Dato’  lupa satu benda iaitu jangan lupa buat dual whatsapp senang ko nak thu dia chat betina lain ke tk.. “

” Hahahaha… TERPALING BETUL.. Semua password bank, kad bank tu pegang skali.. Duit cash pun pegang.. Dah nama pun menteri kewangan merangkap akauntan keluarga kan.. “

” Macamni baru kontent bermanfaat dato’. I likeeeeeeeeeeeee .. Bagus dato’.walaupun kaya tetap setia. Saya bangga dengan dato’ .. “

” First time Dato’ memberi tips dan idea yg bernas, hehee.. Dalam banyak benda aku tak pernah setuju dengn ko.. Tapi kali ni bijak jugak ko.. Hahahaha.. “

” Anak dia banyak hahaha sy tak leh lh Dato’.. Kadang2 Dato’ ni lawak jugak walaupun ada kala nya otak ada stuck time2 nk buat lagu baru haha.. “

Klik gambar untuk info..

” Hahahahahaha, Dato’ bab life n family ni memang terbaik.. Business pun sama.. Moga rumah tangga Dato’ dan Datin berkekalan hingga ke syurga.. “

” Okay  haha 2nd time komen kt ig dato’ ni mmg win.. Habis laa dato’ tak de harta rupanyaaa hahaha.. Lawak betul lah saya baca.. “

Menarik betul tips yang diberikan oleh Dato’ Aliff, terhibur warganet apabila Datin Shahida turut memberikan respon di ruangan komen. Apa-apa pun semoga Dato’ Aliff dan Datin Shahida sentiasa bahagia bersama serta hubungan rumah tangga kalian akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG aliffsyukriterlajaklaris, shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT