Artis / Selebriti
” Part ni teruk bhai air mata aku keluar. Banyak Dekta memendam rasa.. ” – Komen Netizen
Video permintaan Talita selepas selesai buat persembahannya menyentuh hati ramai. Walaupun air mata menitik, masih boleh tersenyum dan request sesuatu dengan penonton. Lagi bertambah sedih bila tengok Dekta sambung menangis sambil peluk Shuib, Nabil pun sebak..
Harapan penonton terhadap anak perempuan Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra menjadi kenyataan. Bagaikan bulan jatuh ke riba, pelawaan team Era FM untuk busking bersama di Bukit Bintang disambut dengan air mata gembira oleh Talita beberapa hari yang lalu.
Semalam menjadi sejarah dalam hidup Talita apabila segenap ruang di situ dipenuhi hampir 5000 orang penonton yang sememangnya menanti untuk menonton nyanyian Talita. Sorakan penonton sepanjang Talita menyanyi menaikkan lagi semangat anak peninggalan arwah Siti Sarah ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era, telah dikongsikan satu moment yang meruntun hati semua. Sebelum mengakhiri persembahannya, Talita memohon sesuatu daripada semua yang hadir. Tidak banyak yang Talita pinta, cuma satu permintaan kecil khas untuk ibunya.

Talita yang masih lagi menangis meminta semua terus mendoakan ibunya di sana. Berat mata yang memandang, namun pastinya berat lagi bahu yang memikul. Rasa rindu seorang anak pada ibu yang tak mungkin akan kembali lagi. Bertambah sayu melihat Talita menangis dalam pelukan daddynya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@era.je Replying to @zaraalisha21.〽️ Sebaknya bila dengar Adil Thalita minta orang ramai untuk terus doakan untuk arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin 🥺 Al-fatihah #ERARadioNo1PalingLegit
@era.je Lepas je perform untuk pertama kali, adik Thalita ke pelukan ayahnya 🥺 Kasih sayang seorang ayah 😭 You did great Thalita 💚 ERA akan sentiasa support Thalita #ERARadioNo1PalingLegit
@era.je Jatuh air mata @nabilzira bila tengok @shuibsepahtu pujuk princess dia. Bukan air mata Nabil je jatuh, satu Bukit Bintang ni meleleh air mata tadi. 😭 #sharERA #ShowPalingMurah #3PAGIERA #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk semua :
” Siapa yg kehilangan mak je faham perasan ni .. watie ibu yg baik.. tapi ini lah hakikat nya xde yg bole menganti kn ibu kandung.. “
” Sedih tengok Talita menangis. Muka mummy dan Makder pun sedih. Watie ini baik orangnya. Jangan sedih sayang. Berdoa untuk ibu setiap hari.. “
” Banyaknya dia pendam sebagai anak sulung anak perempuan pertama, biasanya paling rapat dengan ibu.. “
” Sampai ke sini rasaa dia weh. part ni teruk bhai air mata aku keluar.. ya Allah tersentuhnyaaaa rindu seorang anak pada ibundanyaa.. “
” Doakan utk mak saya boleh.. thalita bila awak ckp mcm ni auto akak banjir.. semoga thalita menjadi penyanyi mcm mak awak yer.. “
” Dia sbnrnya mmg rindu sgt kt mak dia. Dia menangis mlm ni sbb dia lepaskan perasaan dia tu. Seorang anak satu satunya anak perempuan yg terlalu rindukan ibu nya. Goodluck Thalita.. “
” Doakan untuk mak saya boleh.. sebaknyaaaa.. berbahagialah arwah Siti Sarah.. ada ank yg solehah.. “
” Part yang “doa kan untuk mak sye boleh” sambil senyum, sumpah sebak gile … kalau aku dh nangis gile gile .. good job thalita.. “
Rindu pada ibu yang tidak akan ada penghujungnya. Percaya lah Talita, bukan hanya Talita tetapi seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan ibu di sana. Semoga Talita sentiasa menjadi anak yang solehah, membanggakan ibu dan berjaya dunia serta akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

