Artis / Selebriti
” Pakej padang pasir lagi.. ” – Astro Ceria
Video Persembahan Final Adik Amir The Chosen One Yang Menyentuh Hati Dan Mengagumkan. Amboi Amir, Siap Berqasidah Lagi. Part Lagu Kemarin Tu, Alahai Sebak Sangat. Menusuk Ke Hati !!
Malam ini telah berlangsungnya final program hiburan The Chosen One yang menampilkan empat orang peserta iaitu Khalyn, Dayana, Erika dan Amir. Keempat-empat peserta ini mempunyai kehebatan masing-masing, namun ramai yang menantikan persembahan adik Amir.
Menerusi akaun Instagram Astro Ceria, video nyanyian adik Amir ketika konsert final The Chosen One telah dikongsikan. Semua peserta perlu menyanyikan dua buah lagu. Adik Amir menyanyikan dua buah lagu iaitu Kemarin dan Ghazal Untuk Rabiah.
Apabila adik Amir mula mengeluarkan suaranya sahaja sudah cukup membuatkan ramai tersentuh. Begitu gemersik dan merdu nyanyian adik Amir untuk lagu Kemarin. Untuk lagu kedua, persembahan adik Amir bertambah hebat apabila adik Amir berqasidah.

Dengan berakhirnya final malam ini, ternyata adik Amir sememangnya menambat hati ramai kerana adik Amir telah dinobatkan sebagai juara untuk musim pertama The Chosen One ini. Wah, tidak sia-sia usaha adik Amir bersama coach dan juga guru-gurunya.
Jom tonton video di bawah :
Tonton video penuh di bawah ( sila tunggu sebentar jika video lambat keluar ) :
@sarifahanin Juara Pertama The Chosen One AMIR & CoACH PUTERA MuHAMMAD #amir #final #thechosenone #juara #astroceria #formypage #puteramuhammad
Perkongsian ini telah dihujani dengan ucapan tahniah buat adik Amir daripada para netizen. Antara komen-komen yang diberikan :
” Congreetz amir.. putera.. Alhamdulillah amir menang.. Memang layak Amir juara …suara nya anugerah dari Allah swt.. “
” Tahniah Amir dan coach Putera.. Go adik amir… kalah menang adat pertandingan.. adik amir memang layak juara.. tahniah.. “
” Doa utk Amir n couch Putera… Amir juara.. tahniah amir dan coach. rezeki amir di dalam program ini.. wah, saya suka.. “
” Tahniah amirsisi_unuk.official dan coach.. Tahniah Amir memang The best amir memang lawak Amir .. mane tk menang. dh juri syg.. “
” Tahniah amir amirsisi_unuk.official dan coach puteramuhammad_ rezeki dari Allah SWT semoga terus berjaya dunia dan akhirat dan Terima kasih buat termojproduction dan the chosen one.. “
” Amir number 1.. amir dah jd juara dihati peminat. AMIR dah popular serata asia. terbaik.. tahniah adik amir dan putera muhammad.. “
” Adik amir anda memang juara di hati kami.. terbaik.. semoga amir terus berjaya di masa akan datang juga.. all the best,. “
Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada adik Amir kerana telah berjaya menjadi juara dalam The Chosen One. Semoga kejayaan adik Amir ini menjadikan adik Amir seorang yang lebih berjaya lagi dalam industri seni dan juga pelajaran.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astroceria, Tiktok Sarifah Anin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen



