Artis / Selebriti
” Sempat telan air liur sambil nyanyi, hahaha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Menyanyikan Lagu Untuk Kakaknya, Siti Aafiyah Buat Netizen Terhibur. Semangat Betul Afwa Nyanyi Lagu Santai, Comel Lah !!
Apabila seseorang selebriti dikurniakan cahaya mata, secara tidak langsung anak mereka turut mendapat perhatian peminat. Tentu sekali hal yang sama berlaku kepada anak-anak penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Muhd Afwa telah dikongsikan video baru yang memaparkan gelagat Afwa sedang menyanyi. Menerusi video tersebut, Afwa berada di dalam sebuah bilik bersama Dato’ Seri Siti dan Aafiyah. Kedengaran suara Dato’ Seri Siti menyebut perkataan ‘santai-santai’.
Dato’ Seri Siti meminta Afwa untuk menyambung nyanyi lagu itu dan Afwa menyanyi dengan begitu semangat. Tulis Dato’ Seri Siti, lagu yang dinyanyikan oleh Afwa adalah untuk kakaknya. Selain itu, gelagat Afwa menerusi video tersebut juga mencuit hati ramai.

Perkongsian video Afwa pada kali ini sekali lagi telah mengundang tawa netizen. Ada yang mengatakan Afwa turut mempunyai minat dalam bidang nyanyian seperti ibunya. Bak kata pepatah ke mana tumpah kuah kalau tidak nasi. Afwa boleh lah menjadi penyanyi macam ibu selepas ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata memberikan emoji ketawa dan meluahkan rasa terhibur mendengar nyanyian Afwa. Antara komen warganet adalah :
” Sempat telan air liur sambil nyanyi, hahaha.. Muhammad Afwa ni ada bakat penerus ibu nih dah suara pun sedap di dengar cuma malu malu.. “
” Muhammad Afwa good boy, hahahaha ger4m tengok Afwa.. Makin comel.. Dah budak pipi pau ni.. Amboi semangat nyanyi.. “
Sebelum ini, ada dikongsikan video Afwa bermain alat muzik tabla dan Afwa menyanyi sedikit sedutan lagu Faizal Tahir berjudul Santai serta ditemani oleh Dato’ Seri Siti. Perkongsian video itu juga membuat warganet turut seronok melihat kelincahan Afwa bermain tabla.

Kecil-kecil dah minat dengan muzik lah Afwa ni. Mana tahu apabila Afwa besar nanti dia akan mengiringi persembahan ibunya. Apa-apa pun semoga Afwa dan Aafiyah terus membesar dengan sihat serta menjadi anak-anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen



