Artis / Selebriti
” Sedih tengok apak dan amek Amir. Tahniah Amir.. ” – Netizen
Video Adik Amir Diumum Sebagai Juara The Chosen One Buat Ramai Sebak. Alhamdulillah Rezeki Berpihak Pada Amir. Menangis Amek Amir Tengok Amir Menang. Tak Sia-Sia Usaha Amir, Coach Putera Muhammad Dan Cikgu-Cikgu Amir. Tahniah, Amir Layak Menang !!
Setelah berminggu-minggu berjuang dalam program realiti The Chosen One, akhirnya malam ini pemenang The Chosen One sebenar diketahui. Sebagaimana yang dihasratkan oleh ramai peminat setia rancangan ini, nama Amir dicanangkan sebagai juara.
Menerusi akaun Instagram Astro Ceria, telah dikongsikan saat ketika Amir diumumkan sebagai juara The Chosen One Musim Pertama. Amir pada malam ini menyampaikan 2 buah lagu iaitu Kemarin dendangan asal kumpulan Seventeen dan Ghazal Untuk Rabiah nyanyian asal Dato’ Jamal Abdillah.
Nyanyian yang merdu dan penuh penghayatan membuatkan Amir dipilih sebagai juara. Malah juri jemputan, Ajai juga yang pada awalnya melihat Amir seperti tiada perasaan akur dengan kekuatan Amir adalah pada suara qasidahnya yang merdu.

Kejayaan Amir ini turut diraikan oleh ibu, ayah dan adik beradik Amir yang hadir ke studio. Sebak melihat Amek Amir menangis melihat kejayaan anaknya ini. Air mata gembira segala penat lelah anak kecilnya ini akhirnya dibayar dengan kejayaan.
Tonton video di bawah :
Perkongsian ini meraih perhatian warganet dan rata-ratanya gembira dengan kejayaan Amir. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulilah.. Taniah Amir.. Suke sgt Amir dpt no1.. Sb aritu tgk kt tiktok ade owg ckp Amir no2..kecewa dh.. Tp upenye no1.. Taniah Amir.. ”
” Para reaction u tuber indonesia dh siap sedia nak reaction pasal amir.. baru puas hati Amir juara.. Bukan mak amir je nangis , saya pun nangis.. ”
” Tahniah adik amir semoga adik amir sukses dan dimurahkan rezeki dan buat single baru amin.. ”
” Sebak weh, Alhamdulillah .Tahniah Amek Unuk..anda ada ank yg hebat n saya doakan dia mjadi ank yg soleh n bjasa pd family.. ”
” Perkataan pertama amir slps bergelar juara… ALHAMDULILLAH
moga terus menjadi anak yg soleh & hebat.. sedihnya tengok ibu dan ayah amir.. ”
” Aku pun nangis, tahniah Amir.. Alhamdulillah rezeki Amir dan rezeki keluarga dia.. Amir sang juara.. sujud syukur.. ”
” Sedih tgok apak dan amek amir… tahniah amir.. ingat pesan dato’ awie.. smoga trus bjaya amir.. gembira sampai menangis kita dekat rumah ni.. ”
Alhamdulillah sudah tertulis rezeki Amir. Bakat Amir diiktiraf dan satu kebanggaan untuk keluarga. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk mendengar single baru Amir nanti. Semoga terus success Amir dan tetap menjadi Amir yang ceria dan humble. Tahniah Amir The Chosen One.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Ceria, Tiktok Astro Ceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen



