Artis / Selebriti
” Ni ustaz ajar lama dulu, hebat Amir boleh ingat sampai sekarang.. ” – Netizen
![](https://beritakopak.cc/wp-content/uploads/2023/10/amir-10.jpg)
Qasidah Adik Amir Ketika menyanyikan Lagu Ghazal Untuk Rabiah Buat Ramai Terpukau. Rupanya Ini Video Throwback Adik Amir Berqasidah Dahulu. Patutlah Hebat Adik Amir !!
Semalam adik Amir telah pun bergelar juara untuk musim pertama program realiti The Chosen One. Pada malam tersebut, adik Amir menyampaikan dua buah lagu iaitu Kemarin dan Ghazal Untuk Rabiah. Apa yang menarik, adik Amir telah menyelitkan qasidah untuk lagu keduanya itu.
Ramai peminat terpukau dengan qasidah adik Amir pada malam itu. Pastinya ramai tertanya-tanya bagaimana adik Amir boleh berqasidah dengan begitu baik sekali. Dalam satu akaun TikTok ada dikongsikan asal-usul qasidah yang dinyanyikan oleh adik Amir itu.
Rupanya qasidah tersebut telah diajar oleh ustaz Amirul Fikri pada suatu ketika dahulu. Pada waktu rakaman video yang dikongsikan, qasidah adik Amir masih belum mencapai tahapnya. Namun siapa sangka adik Amir masih boleh mengingati qasidah ini sehingga kini.
Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Adik Amir bukan sahaja berbakat malah seorang yang sangat terang hati di mana boleh mengingati apa yang dipelajarinya sebelum ini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )
@_kame09 Qasidah Lagu Ghazal Untuk Rabiah #amir #amirsisi #thechosenone #final #astroceria @Ustaz Amirul Fikri
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sejuk perut mak adik masa melahirkan amir..alhamdulilah buat ustaz dan cikgu2 yg selalu ada dengan amir sya bangga dgn cikgu2.. “
” Alhamdulillah..Congratulations ustazd didik Amir hingga jdi JUARA.. tahniah Ustad yg didik qasidah buat Amir akhirnya berjaya .. “
” Tahniah buat cikgu2 Amir.kini lahirlah batu permata dari belantara.. oh qasidah ni ustaz ajar lama dulu, hebatlah amir blh ingat smpai sekarang.. “
” Rezeki dia utk dikenali sebagai juara di platform yg lebih besar. Guru² di belakang yg banyak mencorakkan anak ini. Anda semua dah lakukan yg terbaik.. “
” Tahniah ustaz amirul dan guru2. semoga amir jadi insan soleh dan ingat pesan2 ustaz2 n guru2 nya. awak mmg terbaikkk amir.. rezeki tak pernah salah alamat.. “
” Masyallah…adik amir semoga berjaya dunia akhirat dn adik amir berbangga mendapat ustdz dn cik gu yg membimbing adik amir sehingga berjaya…aminn.. “
” Tinggi mana pun dia, dia tak lupa ustaz yg pernah didik dia abumulhim91 Dia gunakan ilmu tu utk persembahan final dia. Dan akhirnya dialah Juara TCO.. “
Tahniah diucapkan kepada adik Amir kerana berjaya menjadi juara semalam. Begitu juga ucapan tahniah buat ustaz Amirul Fikri yang sentiasa mendidik adik Amir sehingga adik Amir kini dikenali ramai. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi adik Amir.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok Kamal Luqman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein