Connect with us

Artis / Selebriti

” Sumpah menangis dengar. Lagu dah sedih, Amir nyanyi lagi berganda-ganda sedihnya.. ” – Netizen

Sedutan Video Lagu Kemarin Nyanyian Adik Amir Pada Final The Chosen One Yang Bakal Bersiaran Pada Malam Ini Buat Ramai Sebak. Alahai Baru Dengar Sikit Sudah Sampai Ke Hari. Amir Buat Orang Menangis Lagi !!

Malam ini bakal menyaksikan siapa kah yang bakal bergelar juara The Chosen One Evolusi Bintang Baharu. Antara 4 finalis yang bakal berentap, Amir adalah peserta kegemaran ramai penonton setia rancangan realiti ini. Untuk makluman, pada episod akhir ini, semua peserta perlu menyanyikan 2 buah lagu.

Pada perkongsian Astro Ceria sebelum ini sudah dipaparkan nyanyian Amir membawakan lagu dendangan asal Dato’ Jamal Abdillah iaitu Ghazal Untuk Rabiah. Menerusi entry terbaru di Instagram dan Tiktok Astro Ceria, telah dimuatnaik satu lagi sedutan video sebelum bersiarannya The Chosen One akhir malam nanti.

Klik gambar untuk info..

Menerusi video ini, warganet disajikan dengan satu lagi lagu yang bakal dinyanyikan oleh Amir berjudul Kemarin, nyanyian asal kumpulan Seventeen. Lagu yang liriknya penuh dengan kesedihan, ditambah pula dengan suara dan lenggok Amir yang merdu membuatkan warganet yang menonton klip video ini tersentuh hati.

Apabila lagu sedih dinyanyikan oleh Amir, lagi bertambah-tambah sedih yang mendengar suara gemersik Amir. Nyanyian terakhir Amir di pentas The Chosen One yang akan selalu diingati oleh semua pastinya. Semua sudah mula berteka-teki siapa bakal juara dan ramai yang mengharapkan agar tempat itu dimiliki oleh Amir.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Hadir dengar amir nyanyi lagu kemarin…. tetibe sed1h dan menang1s teringat dekat arw4h anak.. ”

” Mendayu Amir nyanyi lagu Kemarin ni.. Confirm Amir No.1.. Moga juara milik amir & putera muhammad.. ”

” Datang time amir nyanyi….. sebak weh tiba-tiba nang1s.. Good luck Amir.. moga ada rezeki Amir dan Coach Putera Muhammad.. ”

” Sump4h menang1s dengar lagu Amir nyanyi final ni.. perasaan sayu tu tak boleh nak cerita. meremang bulu roma, moga Amir juara malam nanti.. ”

” Amir nyanyi lagu tu malam ni ye. alah baru dengar sikit dan sayu.. Seb4k betul dengar amir nyanyi lagu kelmarin tu.. ”

” Oiiiiiii meremang bulu tengkuk dengar intro amir je.. Suara Amir menusuk qalbu.. kenapa Amir nyanyi lagu yg macam ni air mata gugur dan Ati sayu .. terbaik Amir . kamu nyanyian sampai ke hari rakyat Malaysia.. ”

” Mendayu suara Amir, sebak weii amir nyanyi lagu ni.. jat0h air mataku.. Amir bikin keluar air mata lagi.. mau kena tadah baldi ni air mata.. ”

” Lagu memang dah sed1h, Amir pula yang nyanyi lagi berganda-ganda sed1h tu.. moga amir juara malam ni, kebanggaan keluarga dan ramai orang.. terbaik Amir.. ”

Klik gambar untuk info..

Suara emas yang pastinya akan dirindu oleh ramai orang selepas ini. Kalah atau menang itu adat pertandingan, namun Amir sudah menjadi juara di hati ramai orang. Semoga kejayaan terus dikecapi oleh anak bertuah ini dan menjadi bintang yang semakin bersinar pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Ceria, Tiktok Astro Ceria

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT