Connect with us

Artis / Selebriti

” Aduhai Amir, comel je muka. Bila kena tanya terus blur nak jawab.. ” – Netizen

Video Adik Amir The Chosen One Terima Penghargaan Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak. Gelagat Adik Amir Ketika Majlis Tersebut Bersama Menteri Besar Perak Buat Ramai Terhibur. Alahai, Boleh Blur Pula Amir, Siap Garu-Garu Kepala Lagi !!

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Inilah yang dilalui oleh adik Amir yang merupakan seorang kanak-kanak asli yang tinggal di pedalaman. Dahulunya adik Amir hanya seorang kanak-kanak biasa, namun kini adik Amir semakin popular dan dikenali ramai.

Sejak menjadi juara dalam program realiti The Chosen One, kejayaan adik Amir ini telah membuka mata ramai orang. Ini kerana bakat adik Amir banyak diasah dan dicungkil oleh guru-guru di sekolahnya. Baru-baru ini adik Amir dan juga guru-gurunya telah diberikan satu penghargaan.

Klik gambar untuk info..

Penghargaan istimewa ini diberikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak buat adik Amir dan guru-gurunya. Satu majlis telah diadakan dan telah dikongsikan video tersebut di akaun TikT0k Termoj Production. Wah, tahniah diucapkan.

Adik Amir berpeluang untuk beramah mesra bersama menteri besar Perak dan gelagat adik Amir di sepanjang majlis sangat comel serta kelakar. Adik Amir sememangnya menjadi dirinya sendiri walau di mana berada. Lihatlah ketika sesi bergambar pun sempat membuat gaya yang kelakar.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )

@termoj.production6

Majlis Penghargaan YAB Menteri Besar Perak,Jab Pen Negeri Perak buat Amir dan guru2,Kami akan terus melangkah memartabatkan murid murid kami#thechosenone #berandafypシ #diaridaripedalaman #termojproduction #fypシ #viral_video #amirsisi #jpnperak #ppdhuluperak

♬ Calm background music with acoustic guitar and saxophone(1288148) – ame

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Amir dan juga guru-gurunya. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tahniah ustaz amirul,cikgu faris,cikgu isa dan cikgu2 rps kemar. sntiasa didik amer jgn biarkn dia trkpai kpai wlopun dh mng.. “

” Baru betul. Pilih juara yg ada suara bkn ada Rupa. Baru ada rezeki dia.. Kena peluk kuat2 si Amir tu.. klu tak terlepas.. Aduhai amir.. Comel je muka.. bila kena tny terus blur nak jwb.. “

” Asbab usha keras guru2 SK RPS menengahkan sek. hingga tersohor melalui Amir barulah ada mata2 yg di atas tu ambil peduli sek. pndlmn ini. APC buat Cg.. “

” Tahniah Unuk dan cikgu2 kerna dah buka mata pegawai JPN dan PPD yg kita pedalaman boleh buat lbih baik dr bandar.. “

” Sbb tu amir ni rmai yg syg sbb gelagat dia ..mna2 tmpt dia .dia jd dri dia sndri.. thniah utk amir m ckgu2 amir.. Bimbing dia supaya cemerlang di bidang akademik.. “

” Masyaallah,bertuah Amir jadi kesayangan semua org.live TT semalam tk dapat dengar lagu ibu Smpai hbis.. sebiji permata mulai berkilau bersinar.. “

” Alhamdulillah..tahniah Amir dan cikgu2 serta ustaz..semoga terus maju jaya selepas ni..kami akan terus menyokong Amir.. “

Klik gambar untuk info..

Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada adik Amir dan juga guru-gurunya atas penghargaan yang diterima. Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi satu platform buat adik Amir untuk lebih berjaya lagi seiring dengan pendidikannya.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok Termoj Production, IG Bernama

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT