Artis / Selebriti
” Belum pernah ku nampak majikan beli tiket untuk maid pergi healing di konsert.. ” – Netizen

Video Emma Maembong Beri Kejutan Tiket Konsert Judika Untuk Pembantu Rumahnya Raih Pujian Ramai. Wah Bagusnya Emma Ni, Menghargai Maid Dia. Punya Lah Seronok Diorang Healing, Ini Baru Majikan Contoh !!
Menerusi Instagram Emma Maembong, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Emma Maembong memberi satu kejutan untuk 3 orang pembantu rumahnya. Kata Emma, pembantu-pembantunya ini menyangka Emma dan Shazli yang akan ke konsert tersebut.
Memandangkan kesemua pembantu ini bekerja siang dan malam dengan cukup baik menjaga anak-anak, Emma berbesar hati untuk memberi ‘me time’ kepada pembantunya ini. Ketika Emma menghulurkan 3 sampul berisi tiket konsert Judika, melompat kegembiraan semua pembantunya itu.
Judika antara penyanyi yang famous di Indonesia dan dapat melihat nyanyian secara live pastinya impian ramai termasuk pembantu rumah Emma ini. Tidak berlengah, terus ketiga-tiganya menukar baju tshirt gambar Judika. Alahai ini baru betul semangat hendak pergi konsert.
Turut dipaparkan sedutan nyanyian Judika ketika konsert berlangsung. Happy betul semua menyanyi bersama-sama dan healing yang terbaik untuk mereka. Untung lah pembantu rumah Emma, ada majikan yang memahami dan baik seperti Emma dan Shazli.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Seronok ye dapat healing kejap hehe.. Bagus sungguh majikan macam ni. Moga dimurahkan rezeki selalu Emma.. ”
” MasyaAllah knowing emma mmg always utamakan orang kiri kanan dulu, sampai makan tya kita dulu, may Allah protect you always emma syg.. ”
” Bagus bos, happy diorang.. you are so kind adik. semoga semakin dimurahkan dan diperluaskan lagi rezki adin dan suami.. ”
” Alhamdulillah.. Rezeki Emma dpt maid yg baik dan rezeki diorg jumpa majikan yg baik mcm emma jugak.. Kalau dapat boss mcm ni mmg takkan stress nak buat kerja , terbaik lah.. ”
” Bestnya tengok majikan layan maid baik2 sebab maid pon perlu me time jugak, suka tengok emma dgn eina layan maid mcm keluarga sendiri.. ”
” You’re setting the standard high for all majikan now.. Good employers susah nak dapat, good maids lagi susah nak dapat. May Allah SWT bless you and family for all the good deeds.. ”
” Terbaik salah satu cara menghargai pekerja.. Belum pernah ku nmpk majikan beli tiket utk maid p belibur di konsert.. majikan tbaik nih.. ”
Rezeki dapat majikan yang baik seperti ini, lagi bertambah semangat lah semua hendak bekerja dengan lebih baik selepas ini. Tahniah Emma kerana menunjukkan sifat yang baik dan boleh dijadikan contoh kepada semua majikan yang lain.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Emma Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen