Artis / Selebriti
” Kreatifnya wedding photo dan video macam ni, seronok tengok.. ” – Netizen
Video Majlis Akad Nikah Dan Outdoor Fizi Ali Dan Pasangannya, Tizlkha Tarik Perhatian Warganet. Wah Lain Macam Betul Video Wedding Fizi Ni, Lain Daripada Yang Lain. Outdoor Tengah Kota Raya, Fuh Menarik Sangat !!
Pada 23 Oktober yang lalu, penyampai Hot FM, Fizi Ali telah pun memaklumkan di Instagramnya yang dirinya selamat bernikah dengan wanita pilihannya bernama Siti Zulaikha. Berita ini sungguh mengejutkan semua dan Fizi cukup pandai menyimpan rahsia.
Meninjau entry terbaru di Instagram Fizi Ali, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika dan selepas majlis akad nikah dijalankan. Dengan sekali lafaz sahaja, Fizi dan Tizlkha selamat bergelar suami isteri yang sah. Majlis itu dihadiri oleh ibu Tizlkha, kedua ibu bapa Fizi, anak Fizi bernama Ameena dan anak perempuan Tizlkha.
Majlis mereka simple sahaja, namun tetap meriah dengan kehadiran insan tersayang. Di ruang kapsyen, Fizi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan dia dan pasangannya itu. Tidak terbalas komen-komen ucapan tahniah yang diberikan oleh warganet kata Fizi.

Warganet tertarik dengan konsep yang diketengahkan. Jarang dapat melihat video nikah seperti ini. Kreatif dan membuatkan semua yang menonton video ini turut merasai kegembiraan pasangan pengantin baru ini. Ameena pun bukan main lagi, comel sangat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Fizi ini telah pun meraih lebih 800 tanda suka sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kreatif nya wedding photo dan video macam ni.. Ameena in character betul . Seronok tengokk.. bahagia hingga jannah fizi.. ”
” Dia punya vibes suka g makan-makan tuu dibawa nyee kakak tizlkha Blatar blakangkan makanan… haa nampakk hihi.. ”
” Sweetnya budak kecik tu.. alhamdulillah.. tahniah. dan selamat pengantin baru moga kekal bahagia ke anak cucu.. ”
” Cantiknya wife dia.. selamat pengantin baru Fizi dan isteri.. bahagia hingga ke jannah aamin.. ”
Rare betul video wedding Fizi ini, lain daripada yang lain betul. Yang paling comel tentu lah Ameena si bijak pandai. Ameena memang in character, pandai berlakon ikut bakat berlakon umminya. Majlis yang santai tetapi sempurna kejadiannya.

Yang wajib telah pun dilaksanakan dan kini masa untuk Fizi dan isteri mengharungi segalanya bersama demi kebahagiaan bahtera perkahwinan mereka ini. Sekali lagi ucapan tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Fizi dan semoga gembira selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizi Ali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti7 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen



