Connect with us

Artis / Selebriti

” Alhamdulillah, senyuman tu datang balik bila awak datang dalam hidup saya.. ” – Fizi Ali

Perkongsian Fizi Ali Sempena Ulangtahun Kelahiran Isterinya, Siti Zulaikha Raih Perhatian Ramai. Alahai Bukan Main Sweet Lagi Pasangan Pengantin Baru Ni. Sampai Menangis Isteri Fizi Kat Bucu Katil Dibuatnya !!

Meninjau ke akaun Instagram Fizi Ali, satu posting khas sempena ulangtahun kelahiran isterinya, Siti Zulaikha telah meraih perhatian ramai. Fizi telah memberikan ucapan yang ringkas namun romantik kepada isteri tercinta yang baru sahaja dikahwininya.

Fizi telah mengucapkan terima kasih kepada Zulaikha kerana hadir dalam hidupnya dan memberikan kebahagiaan buat dirinya dan juga cahaya mata Fizi iaitu Ameena. Menurut Fizi lagi, terlalu banyak yang dilakukan oleh Zulaikha sehingga tidak dapat diungkapkan.

Klik gambar untuk info..

Untuk info, Fizi dan Zulaikha baru sahaja mendirikan rumahtangga beberapa hari yang lepas. Kedua-duanya mendirikan rumahtangga buat kali yang kedua. Zulaikha juga mempunyai seorang anak perempuan menerusi perkahwinannya yang terdahulu.

Perkongsian ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Fizi turut memuatnaik sekeping gambar Zulaikha yang cantik dan manis memakai pakaian persalinan pengantin pada tempoh hari.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Komen balas Zulaikha terhadap posting ini :

Perkongsian ini telah dihujani dengan ucapan hari lahir kepada isteri Fizi. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Happy birthday wife fizi yg cantik. Semoga syg fizi dan ameena sampai syurga.. selamat pengantin baru smoga selalu bhgia brsama org2 yg trsyg .. “

” Happy Birthday dan Selamat pegantin baru semoga bahagia ke akhir hayat.. semoga rumahtangga yg dibina kekal bahagia hingga ajal memisahkan… dan semoga menjadi isteri dan ibu yg terbaik.. “

” Happy birthday si cantik n slmt pgntin bru untuk Kitang semoga bhgia hgga ke Jannah amin … Cantik orangnya.. untung fizi.. “

” Happy birthday tizlkha and selamat pengantin baru…semogaa dipanjang kan umur,dimurahkan rezeki and berbahagia disamping suami tercinta.. “

” Happy birthday tizlkha semoga berbahagia disamping suami dimurahkan rezeki panjang umur….moge cepat2 dapt bby lagi.. “

” Happy birthday sis… Allhamdulillah syukur ABG fizi DPT isteri sangt cantik dan botol syg awk bro. kekal hingga ke Jannah bro.. “

” Selamat pengantin baru fizi…alhamdulilah you dh dapat bidari yg membuat you tersenyum semula..semoga bahagia hingga ke jannah.. “

Klik gambar untuk info..

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Siti Zulaikha. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu dan semoga perkahwinan Fizi Ali bersama Zulaikha kali kedua ini bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fiziali

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT