Connect with us

Artis / Selebriti

” Aduh kita pula tengok teruja dan mata masuk habuk.. ” – Netizen

Kompilasi Video Moment Putera Muhammad Bersama Anak Didiknya, Amir Dari Awal Pertemuan Hingga Minggu Final Raih Perhatian Ramai. Pandai Coach Putera Tackle Amir, Dari Pemalu Jadi Rapat Sangat. Yang Last Tu Amir Pula Jaga Coach, Hehe !!

Pertemuan Putera Muhammad dengan adik Amir dalam program The Chosen One adalah takdir terindah buat mereka berdua. Bukan mudah untuk Amir mesra dan rapat dengan orang asing yang tidak memahami gaya hidupnya yang lain dengan warga bandar.

Namun usaha Putera Muhammad mendekati Amir membuatkan mereka menjadi akrab. Putera melayani Amir dengan baik dan sabar seperti seorang abang. Malah ada masanya, Putera Muhammad yang lebih ‘kanak-kanak’ daripada Amir sendiri.

Klik gambar untuk info..

Ini dapat dilihat menerusi akaun Tiktok Nisaazmee yang memaparkan kenangan Putera Muhammad bersama Amir dari minggu pertama sehingga ke minggu ke 7. Banyak suka dan duka diharungi bersama demi mencapai sebuah kejayaan. Pernah juga Putera Amir berasa cuak apabila Amir merajuk dan tidak mahu menyanyi ketika rehearsal.

Layanan Putera Muhammad dan caranya dalam memastikan Amir sentiasa dalam mood yang baik dipuji warganet. Banyak juga ilmu yang diajar oleh Putera Muhammad kepada adik kesayangannya ini. Beruntung Amir ada coach yang hebat seperti Putera Muhammad.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@nisaazmee

The Chosen One – 7 Weeks ✅ Dari 1st time @Putera Muhammad jumpa Amir sampai final. Semoga @Amir Sisi(Unuk)Official berjaya kat luar sana nanti. #PuteraMuhammad #Amirsisi #thechosenone #amirthechosenone

♬ Cool Kids (our sped up version) – Echosmith

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat dikongsikan untuk pembaca :

” Nampak keiklasan putera ni didik amir… sedaya upaya dia pastikan mood amir sentiasa tjaga… dgn dia2 pun dh jd budak2… semoga kalian berdua bjaya.. ”

” Alhamdulillah nmpk amir jmpa coach yg tepat.. Putra sangat penyayang.. putera tntu dh study back ground amir, budaya hdp amir.. bru mudah nk tackle amir.. Pandai Putera ajar Amir, pembakar semangat Amir supaya berani.. ”

” Alhamdulillah selesai seronok sgt adik Amir dan coach Putera. terbaik layan adiknAmir.. lepas ni rindu la nk tgok adik Amir dan Putra muhammad.. ”

” Nampak Putra amat sayang ngan Amir ni.. nampak dari wajahnya… amat-amat ikhlas sayang amir.. mesti lepas ni sama2 rindu… tgk memang layan seronok coach dgn unuk. suka duka mereka bersama hingga juara.. ”

” Happy tgk relation yg terjalan antara amir , putera muhammad dan team termoj cikgu2 amir yg hebat… dh mcm 1 fmly.. Alhamdulillah.. Terima kasih up vtt yg mcm ni… Seronok sangat tgk vtt ni.. ”

” Aduhhhh kita pula tengok teruja Dan mata masuk habuk… macam terasa pula Amir nak balik Grik. Tengok Putera layan Amir. Moment ni mahal sangat.. ”

Klik gambar untuk info..

” Alhamdulillah pilihan yg tepat. gandingan yg mantap, caring sangat Putera pd Amir.. jujur ikhlas nampak. terbaik putera didik amir jdi berani depan org ramai.. ”

” Suka Sgt vtt Amir Sisi (Unuk) Official amir dgn putera muhammad ni. nmpk keikhlasan hubungan mereka.. cute je Amir betulkan baju Putera Tu.. ”

Pada awalnya malu-malu, namun apabila sudah biasa, mula jadi sekepala coach Putera dan Amir. Tentu ramai peminat mereka akan merindui untuk melihat Putera Muhammad dan Amir. Apa-apa pun, semoga hubungan ini tidak akan berakhir di sini dan terus kekal sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok nisaazmee, IG Putera Muhammad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT