Artis / Selebriti
” Selamba je suara Putera ni pergi, sama naik dengan Kak Lina.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein Dan Putera Muhammad Berduet Menyanyikan Lagu Isabella Raih Perhatian Ramai. Wah Duet Yang Terpaling Padu. Semua Lagu Kak Lina Boleh Tapau Yer !!
Meninjau ke akaun Instagram, video duet antara Elly mazlein dan Putera Muhammad telah meraih perhatian ramai. Kali ini Elly menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Search iaitu Isabella. Lagu ini sebenarnya sangat sukar untuk dibawakan.
Tetapi tidak buat Elly dan Putera kerana kedua-duanya boleh menyanyikan dalam nada yang tinggi. Seperti selalu, nyanyian Elly tidak pernah mengecewakan. Elly mampu membawakan apa jua genre lagu, tidak kira sama ada balada, pop, dangdut atau pun rock.
Putera pula sememangnya sering menyanyikan lagu bergenre rock. Maka tidak hairanlah Putera dengan mudah membawakan lagu Isabella ini. Ramai yang memuji versi duet Isabella ini walaupun lagu asalnya hanyalah nyanyian solo oleh Amy Search.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Elly pernah berduet bersama Epul Roza, Andi Bernadee, Sufian Suhaimi, Siti Nordiana, Amir Masdi, Ziana Zain dan ramai lagi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Korang undi kak lina lagu sayap kat muzik² 39 supaya dia dapat bawak lagu tu pi muzik² separuh ahir dan ada rezeki dapat pergi ajl AMIN.. “
” Dua dua pwer best giler suara dan.lakonannya.Syabas . Hujung tu aihh dua2 ni.. Mantap dan terbaik.. hahahahaha solo part woo.. “
” Selamba je suara Putera ni pergi. Manis juga Putera ni yer. putera ni lucu betul.. satu2 lagu yg banyak kenangan dengan arwah suami.. “
” Terbaiklah best.. power u both.. Kak Lina buat muka Amy jadi sebijik. Sekali dgn mulut2 jadi. Hahahaha sama naik kak Lina dengan Putera.. “
” Wehhhh hahahahahahahaha masuk air betul Dua2 no syatuu dikk.. tak pernah mengecewakan.. Kak lina cover la balik lagu disapu awan.. “
” Comel la kak kepommm.. hebat kak pompom smua lagu dia tapau.. terbaik no1 radio dulu kini n selamanye. Best plak duet ni.. “
” Gandingan suara padu.. amin.. sweet kak lina, terbaik.. love terok.. power lah suara putera muhammad.. sedap wei.. mantap padu.. “
Wah, memang padu la suara Elly dan juga Putera. Selepas ini siapa pula yang akan berduet dengan Elly dan lagu apakah pula yang akan dinyanyikan. Pastinya ramai peminat Elly tidak sabar menantikan duet seterusnya. All the best buat Elly.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedap suara Mateen, yang penting jari tu mainkan peranan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” 1st time dengar suara Aleefa nyanyi. Best sangat, merdu macam Arni. Awie dan Arni Nazira versi muda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nyanyi dengan perasaan, sampai ke sini dik. Nangis dengar Thalita nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Weh aku yang risau dia jawab sepatah sepatah. Sejenis nak laju ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part high note tu, fuh international. Auto lain lagu tu, memang meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wajah kali ni cantik sangat persis sama macam zaman kegemilangan Zahnita dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thalita ni dia ada aura macam ibu dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedap suara anak dia, bakat dari ayahnya.. ” – Komen Netizen