Artis / Selebriti
” Ni memang layak dapat hantaran mahal, pandai masak.. ” – Komen Netizen

Video Riena Diana memasak bekal untuk kekasih hatinya, Keith Foo ketika menjalani penggambaran di London raih pujian ramai. Wow, nampak sedap lah menu yang Riena masak. Komen Keith pun sweet sangat..
Umum mengetahui yang pelakon Riena Diana dan Keith Foo sekarang sedang hangat bercinta. Hubungan cinta pasangan ini dikatakan mula berputik saat mereka bersama-sama terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu pada tahun lalu.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Riena, telah dikongsikan video yang memaparkan Riena sedang memasak beberapa juadah makanan di London. Tulis Rina di ruangan kapsyen, dia berada di sana sedang menjalani penggambaran sebuah drama terbaru.
Tulis Rina lagi, memandangkan dia merindui masakan Malaysia, dia mengambil keputusan untuk memasak sendiri dan membuat bekal kepada Keith yang turut ada bersama dalam sesi penggambaran tersebut. Perkongsian video Riena ini telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang memuji Riena seorang yang rajin dan mengatakan Riena selayaknya mendapat wang hantaran tinggi kerana dia bukan sahaja rajin malah pandai masak. Sehingga kini, video Riena masak itu telah ditonton lebih 900 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@rienadiana_ First time datang london & shooting untuk our new drama #Janjipadahati ❤️ Dapat pairing dengan abang kitpu korang lagi! @Keith Foo Official Kita rindu malaysian food so kita masak sendiri & pack for abang kitpu jugak so basically this is my routine for the past few days before start shoot every morning! ✨💖
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia ni masak pun cantik ek. i kalau masak dh jd mak lampir dah Ni memang layak dapat hantaran mahal, pandai masak.. “
” 30k hantaran onz.. Akhirnya laileerrr dah pandai masak, hehe.. Sweet lah masak2 utk bekal bf.. Betul lah, tekak orang malaysia, pergia jauh mana pun msti rindu masakan tanah air.. “
” Lain macam feel makan nasi sambal kat London zissss auto sedap wei.. Aku tengok Riena yang masak, aku pula yang terliur lapo.. “
” Dah cantik pdi masak plk t tak mekap pun lawa muka ori. semoga bahagia di sisi org tsyg bahagia.. Riana buat BYK lagi content masak² bila you free love to see.. “
” Takdak istilah lapaq lah Kieth foo utk satu hari, macam” di bekalkan nya.. Menarik betul masakan Riena tu, semoga cepat kahwin korang, sweet tengok.. “
” Hantaran mahal mahal pun takpekan.. Dahlah cantik , pandai belakon, pndai masak pulak tu .. Awak tetap laylerrrr dimata saya.. “
” Awat lawa tak pakai makeup. Aku tak pakai makeup plus memasak dkt dapur, auto benci tgk muka sndri, hahaha.. Adoi stress.. “
Alahai, sweet sangat part Riena hantar bekal kepada Keith. Selain memuji Riena seorang yang rajin masak, ada juga peminat memuji wajah Riena kelihatan cantik walaupun tanpa secalit solekan. Apa-apa pun, terbaik lah Riena, untung Keith dapat kekasih hati yang pandai dan rajin memasak seperti Riena.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rienadiana_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen