Artis / Selebriti
” Ya Allah, bapaknya pun. Dengan kita-kita auto semangat nak pergi school, haha.. ” – Komen Netizen
Video Syamel mengajar anaknya, Nur Khawla Soleha cara untuk bersemangat pergi ke sekolah buat ramai terhibur. Amboi Lala, gaya tu dah macam nak masuk kem tentera lah. Bersemangat betul, hehe..
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri, pasti mengetahui yang pasangan ini sering berkongsi perkembangan anak perempuan mereka iaitu Nur Khawla Soleha. Khawla atau mesra dengan panggilan Lala ini seorang kanak-kanak yang ceria.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Syamel, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Syamel ketika mahu menghantar Lala ke sekolah. Menerusi video itu, Syamel meminta Lala membuat ‘tepuk semangat’ untuk memberikan motivasi kepada Lala supaya minat ke sekolah.
Di ruangan kapsyen, Syamel telah menulis ‘ritual sebelum school‘ . Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Gaya Lala yang cuba melakukan ‘tepuk semangat’ begitu bersemangat dan Lala seperti sudah terbiasa melakukan rutin tersebut setiap pagi ke sekolah.

Selain itu, ramai yang memuji sikap Syamel yang pandai menerapkan elemen positif kepada Lala dan cara Syamel melayani anak perempuannya itu. Sehingga kini, perkongsian video oleh Syamel tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditonton.
Tonton video di bawah ini :
@syamel_official Ritual sebelum school ✌🏻
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ya Allah, bapaknya pun. Dengan kita-kita auto semangat nak pergi school, haha.. Cute lah Lala.. Comel sangat telatah dia.. “
” Ni la yg dikata.. Bila seorg ayah ratu kan ank perempuannye.. Tq Lala ajar aunty, skrg aunty dh praktikkan time nk g kerja. SEMANGAT .. “
” Aku baru je buat depan mak ayah aku. Diorang tak banyak cakap mak aku bagi kiri, ayah aku bagi kanan. Bende ni tak betul sakit yang dapat bang mel.. “
” Aku rasa semua suami kena buat macam ni dekat isteri supaya sebelum masuk office tak nangis nangis, hahaha.. Tengok macam menarik je skill ni.. “
” G tadika Lala bukan masuk PLKN, gtau daddy tu, hahaa.. Btw so cute Lala, belajar rajin2 tau, nanti jadi anak yang bijak.. “
” Saya dah buat. Memang menjdi guys. Saya lebih bersemangat. Boss kata esok takyah masuk office. Rehat kat rumah je. Hehe.. “
” Risau kang masuk je darjah 1 dah pandai hakka. Tengok gaya Lala menjerit tu pun naik seram tau, hahahaa.. Dia mcm haaaaaa baru ko tahu aku punya semangat cane en.. “
Alahai comel sangat telatah Lala, nampak betul-betul bersemangat ke sekolah. Ada warganet berseloroh mengatakan gaya Lala sudah seperti mahu menyertai PLKN kerana begitu bertenaga ketika melakukan aksi tersebut. Apa-apa pun, semoga Lala terus bersemangat ke sekolah dan menjadi anak yang bijak, solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok syamel_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

