Artis / Selebriti
” Nampak ok je masa ni. Tak sangka ada yang tersebunyi di sebalik tawa diorang dalam video ni.. ” – Komen Netizen
Video behind the scenes pembikinan Music Video Bertahan Demi Cinta. Alahai sweet sangat Fattah Amin dan Fazura masa ni. Bukan senang nak hasilkan MV ni. Banyak memori dan kenangan mereka dalam video ini, touching pula tengok..
Lagu duet nyanyian Fazura dan Fattah Amin berjudul Bertahan Demi Cinta mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Lebih memberikan kesan, lagu ini dilancarkan sejurus sahaja pasangan ini sah bercerai dan masanya dikatakan tidak sesuai dengan situasi semasa.
Melodi dan lirik lagu ini indah didengari dan ianya adalah ciptaan komposer terkenal, IPPO Hafiz. Music video lagu ini juga seronok ditonton kerana pemandangan yang disajikan untuk penonton sangat cantik. Untuk makluman, lagu ini dirakamkan pada bulan Januari 2024 di Jakarta dan pembikinan music video pula di Yogyakarta pada bulan Februari.
Meninjau Youtube Channel Fazura Studio, telah dikongsikan di sebalik tabir shooting untuk MV tersebut. Penonton dipaparkan dengan perjalanan team Fazura dan Fattah bermula dari lapangan terbang dan peristiwa yang terjadi sepanjang proses shooting di sana.

Bukan sesuatu yang mudah kerana team Fazura dan Fattah seawal jam 3 pagi sudah perlu bergerak ke lokasi penggambaran. Berlatar belakangkan pantai dan suasana matahari terbit, MV ini memang menarik dan pujian harus diberikan kepada pengarahnya dan team yang terlibat.

Sehingga kini, BTS music video ini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nmpk ok je ms ni. Xsngka ada yg tersebunyi di sebalik tawa diorg dlm video ni. Moga baik2 saja utk mereka.. “
” Moga ada keajaiban mereka bersatu kembali. Sweet sangat.. Cantiknya fazura. Pasangan yang serasi dengan Fattah. Semoga mereka berdua dipertemukan kembali dengan rasa cinta yang lebuh kuat & menghargai bersama.. “
” Terima kasih fazura utk kenangan ni.. Semoga yang baik2 semuanya utk Fattah + Fazura dan Fatima. Kalau tak bersama pun semoga mereka berkawan baik untuk membesarkan Fatima.. “
” Susahnya nak buat vedio yg hanya bbrp minitsiap panjat bukit lagi.. lagu pun sedap n soothing… harap2 lagu n drama HSC2 dpt menembusi pasaran indonesia spt dirancang.. Amin.. “
” Penatttnya. Muka penatttt… Faz sentiasa ceriaaa walaupun penat. Ttp nmpk cntik kacak walaupun penat.. Mcm ni yea shooting nk buat mv lagu Bertahan demi cinta, turun naik2 bukit.. “
” Perjuangan di sebalik view cantik ssebuah videoklip. kudos to the team.. Jom ramai2 support vc lagu ni.. bssh payah tu trn naik bukit, berpanas,berhujan.. “
” Sedih wehhh… dulu bahagia betul mereka bdua.. tetapi semuanya ketentuan Allah. andai ada jodoh, moga kembali bersatu demi Fatima.. “
Sudahlah awal pagi perlu bangun, dari satu set ke set yang lain, banyak cabaran yang perlu mereka tempuhi. Cabaran terbesar apabila semua perlu memanjat tangga yang tinggi untuk ke set penggambaran kedua. Tercungap-cungap semua dari lokasi pantai untuk naik ke atas bukit.

Apa-apa pun, MV ini hasil yang terbaik diberikan agar penonton merasai kehangatan cinta yang cuba dipamerkan mengikut lagu tersebut. Memori ini juga menjadi memori terindah dan terakhir Fattzura dan ramai yang berharapkan agar pasangan ini sentiasa bahagia dan gembira.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Youtube Channel Fazura Studio
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

