Artis / Selebriti
” Tengok Uwais peluk atuk auto rasa sebak. Terus teringat arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
Video Raissuddin Hamzah dan Makder menyambut kepulangan cucu mereka, Uwais Alqarni dari menunaikan ibadah umrah buat warganet tersentuh. Part Uwais terus peluk dan c1um atok dia tu sebak sangat. Rindu betul atok kat Uwais..
Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah serta tiga orang anaknya, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin telah pun berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah. Perkongsian keberangkatan mereka sekeluarga ke tanah suci turut dikongsikan di akaun Instagram.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram ibu tiri arwah Siti Sarah iaitu Makder, telah memuatnaik satu video yang memaparkan Makder dan Raissuddin Hamzah menanti kepulangan anak sulung Shuib, Uwais di lapang terbang setelah pulang dari menunaikan ibadah umrah.
Menerusi video itu, kelihatan Makder merakamkan telatah Uwais yang sedang berjalan dan mereka berdua saling berpelukan. Selepas itu, Uwais terus masuk ke dalam kereta serta terus memeluk Raissuddin. Kedengaran Raissuddin bertanya kepada Uwais, adakah Uwais merinduinya.

Perkongsian video oleh Makder ini telah mengundang sebak warganet. Ada yang mengatakan melihat Raissuddin dan Uwais sebegitu terus mereka terkenangkan arwah Siti Sarah. Sehingga kini, video tersebut menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tengok Uwais peluk atuk auto rasa sebak. Terus teringat arwah Siti Sarah.. Al fatihah untuk arwah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah.. “
” Aloalo manja atok manja odey.. Smga Uwais terus menjadi anak & cucu yg soleh.. Aamiin.. Selamat pulang Uwais, masyaAllah comel tengok di pakai serban.. “
” Alololo sebiji muka arwah ibu dia Siti Sarah….. Alfatihah…. Aamiin Buat Arwah Siti Sarah.. Uwais ni manja betul kan dengan atuknya.. “
” Kenapa rasa sebak ehh tgok uwais pluk atok cmtu.. Uwais mcm ank sulung sy.. Dduk dgn atok.. Pegi mna2 dgn makayah dia blik2 umh atok jugak.. “
” Rindu betul Uwais dekat atok nye tu.. Alhamdulillah tahniah semuga semua amal ibadah diterima Allah selamat dunia akhirat.. “
” Syukur Alhamdulillah, manja atok dan odey dah balik.. Sekali tengok dah macam anak odey pula uwais ni, hehe.. Padahal cucu.. “
” Aunty nampak Uwais ni cucu yang palinggggg manjahhhh dengan atuk dia.. Semoga Uwais menjadi anak yang soleh ya ssyang..
Alahai sebak sungguh melihat Uwais dan Raissuddin saling berpelukan. Sejak pemergian arwah Siti Sarah, Uwais dijaga dan tinggal bersama Raissuddin dan Makder. Semestinya Uwais sangat manja dengan atoknya. Apa-apa pun, semoga Uwais terus membesar menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

