Artis / Selebriti
” Wei asal aku nangis tengok senyuman abang tu. Mulianya hati Fattah, layan dan hormat OKU.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin menyantuni seorang peminat istimewa, lelaki OKU yang ingin bergambar dengannya buat ramai tersentuh. Sebak tengok reaksi wajah gembira peminat istimewa itu lepas bergambar dengan Fattah..
Meninjau entry di akaun Tiktok All Fend Studio, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang lelaki istimewa berstatus Orang Kurang Upaya ( OKU ) berpeluang bergambar bersama artis kesayangannya, Fattah Amin. Ramai peminat Fattah yang datang dari pelusuk negara ke Lazy Monday HQ untuk bermesra dengan selebriti kesayangan mereka ini.
Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan peminat istimewa tersebut berjabat tangan dengan Fattah sambil gambar mereka berdua diambil oleh seseorang. Penantian peminat ini berbaloi kerana Fattah tidak memilih bulu dan melayani semua peminat yang hadir dengan adil dan cukup mesra.
Kelihatan senyuman gembira di wajah peminat istimewa ini setelah selesai bergambar bersama Fattah. Fattah pula pandangan matanya masih tetap tertumpu kepada peminat istimewa tersebut. Aura orang yang baik, bukan hanya orang normal yang menyukai Fattah tetapi juga insan istimewa juga menyayangi Fattah.

Orang baik memang ramai yang sayang dan sentiasa menyokong Fattah. Ramai yang kagum dengan keperibadian Fattah yang tinggi adab dan budi pekertinya itu. Didikan kedua ibu bapa Fattah yang mengasuh Fattah, lahirlah Fattah sekarang yang sentiasa menghormati sesiapa sahaja.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@allfendstudio Pelbagai pelusuk peminat datang hadirkan diri di @lazymondayhq tapi fattah amin layan mmmg terbaikkk #lazymondayhq #lazymonday68avenue
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Weiii asal aku nanggis tengok senyuman abg tu.. tanda dia happy kan.. tq fatah sudi bergambar dan buat dia happy.. “
” Setelah dia beredar pandangan mata fattah masih tertumpu kepadanya.. bagus… sama rata Fattah Amin ni layan…. terbaikkkkkkkkk.. “
” Fattah Amin menghormati peminat.. tnpa peminat seseorang artis itu tk kemana pun.. Pelbagai umur , kecil , dewasa , tua , muda semua meminati fattah . Aura orang baik.. “
” Ni namanya org yg baik2.. Allah hadirkan ramai org support dia yg dtg x tahu dari mana… Dia pun x minta tapi di rezekikan oleh Allah.. “
” Terharu layanan fattah terhadap peminat walaupun oku tentu happy dapat bergambar dengan Fattah.. “
” Mulianya hati fattah Amin ni happy je terima kasih hormat oku.. Orang baik sentiasa rezeki nya murah dan semoga Allah sentiasa menjaga hati terus kekal baik.. “
” Tabik dekat Fattah Amin dan tabik pada abang tu.. Bagi aku Fattah ni tinggi budi pekerti dia.. handsome tu bonus.. Terbaik Fattah, SubhanAllah.. “
Terharu warganet melihat cara Fattah melayani peminat istimewanya itu. Walau siapapun dia, Fattah tetap menyantuninya dengan begitu baik sekali. Semoga Fattah terus bersikap rendah diri dan menghargai peminat seperti ini sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok All Fend Studio
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen

