Artis / Selebriti
” Naik bulu roma aku dengar suara Ami dengan abang dia ni. Padu betul, tarik macam tu je.. ” – Komen Netizen
Video Adira Suhaimi Senyap-Senyap Rakam Gelagat Abangnya Sedang Menyanyi Lagu Madah Berhelah Raih Perhatian Ramai. Wah Padu Lah Suara Abang Adira Ni, Power Sungguh Part Tarik Tu. Adira Pun Dari Nak Skodeng, Terus Join Menyanyi Sekali !!
Sebut sahaja nama Adira Suhaimi, pastinya semua mengenali pelantun lagu Pujaan Hati ini. Adira memiliki suara yang lunak merdu dan disukai oleh ramai pencinta muzik. Selain Adira, kakaknya Emma Suhaimi juga mempunyai bakat dan suara yang hebat.
Meninjau akaun Tiktok Adira Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira merakamkan secara senyap-senyap gelagat abangnya sedang menyanyi. Kelihatan abang Adira duduk di sebuah bilik dan Adira berjalan dari tingkat bawah rumahnya menuju ke bilik tersebut.
Siapa sangka abang Adira ini juga mempunyai suara yang merdu sama seperti adiknya. Tidak pernah Adira kongsikan suara sedap abangnya ini kepada umum dan perkongsian kali ini membuatkan ramai yang teruja setelah mendengar lantunan suara abang Adira itu.

Abang Adira menyanyikan lagu dendangan asal Ziana Zain berjudul Madah Berhelah. Lontaran suara yang padu dan sebutan yang jelas, suara Abang Adira ini sedap didengar. Adira juga turut bersama-sama menyanyi dengan abangnya itu. Adik beradik Adira sememangnya ada bakat menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
@adirasuhaimi.ami
Sehingga kini, perkongsian oleh Adira ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Si Azlin ni kan. Wah kawan lama.. orang Sabah bila menyanyi semua sedap-sedap suaranya.. memang berbakat lah.. ”
” Ami tak payah pakai mic, power sudah suaranya tu.. Adik beradik Ami suara semua sedap-sedap woo.. ”
” Pandai nyanyi abang Ami, suara tu sedap meledak.. Padu lah berduet macam ni pun meremang bulu roma dengar.. dua-dua power high note.. ”
” Wow suara abang Adira mantap lah.. mantap orang Sabah bab menyanyi.. Padu abang Adira dan Adira.. ”
” Sekali suara petir masuk daaa haha.. sendiri tak menahan nk karok sama.. terbaik lah suara ami dengan abang ami.. ”
” Naik bulu roma aku dengar suara Ami dengan abang dia ni. Padu betul, tarik macam tu je. Lagu Ziana Zain ni weh.. ”
” Sedapnya suara abang Ami, dua-dua suara sedap.. Lagu pulak best.. high note dia, kalah ni artis-artis penyanyi Rock sedia ada.. ”

Bukan hanya Adira dan Emma sahaja yang bersuara sedap dalam adik beradik, si abangnya pun boleh tahan padu suaranya. Sedap lagu Madah Berhelah dinyanyikan dalam versi lelaki. Sambil duduk pun bukan masalah untuk abang Adira untuk tarik suara tinggi, terbaik lah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen

